
MRBEAST merupakan pempengaruh media sosial cukup berpengaruh yang mencipta nama di platform YouTube.
Namun, ramai tidak mengetahui bahawa kekayaan yang dijananya bukan datang daripada penciptaan video tular sebaliknya menerusi perniagaan menjual coklat dijalankan.
Syarikatnya, Beast Industries, adalah pemilik majoriti Feastables, sebuah perniagaan coklat yang menjana jualan kira-kira AS$250 juta (RM1.175 bilion) tahun lepas dan keuntungan lebih AS$20 juta (RM94 juta), menurut dokumen dihantar kepada bakal pelabur.
Dalam tempoh sama, perniagaan media MrBeast, termasuk saluran YouTubenya dan rancangan realitinya untuk Prime Video Amazon.com Inc, menghasilkan jualan yang sama namun merekodkan kerugian hampir AS$80 juta (RM376 juta).
MrBeast, atau nama sebenarnya Jimmy Donaldson menghabiskan beberapa tahun lalu dengan memanfaatkan kemasyhuran beliau di YouTube dan platform sosial lain untuk membina perniagaan yang tiada kaitan dengan media.
Syarikatnya, Beast Industries, adalah pemilik majoriti Feastables, sebuah perniagaan coklat yang menjana jualan kira-kira AS$250 juta (RM1.175 bilion) pada tahun lepas. — Agensi
Selain Feastables, Beast Industries ialah pemegang saham dalam jenama makanan ringan Lunchly dan pemilik Viewstats, iaitu firma perisian yang menjual perkhidmatan digital kepada rakan pencipta kandungan.
Untuk membiayai perniagaan tersebut, Beast Industries mengumpulkan lebih daripada AS$450 juta (RM2.115 bilion) sejak empat tahun lalu.
Menurut dokumen menyediakan data prestasi untuk tiga suku pertama 2024 dan anggaran untuk tiga bulan terakhir tahun ini serta masa depan, syarikat itu kini sedang mengumpul dana tambahan bernilai ratusan juta dolar.
Matlamatnya adalah untuk mengembangkan bahagian perkhidmatan sedia ada dan beralih ke beberapa peluang baharu, termasuk permainan video, minuman dan kesihatan.
The Verge sebelum ini melaporkan beberapa dokumen.
Tahun lepas, Alpha Wave, firma pelaburan yang mempunyai hubungan dengan Emiriah Arab Bersatu, mengetuai pusingan pengumpulan dana Siri C AS$300 juta (RM1.41 bilion).
Perkembangan itu menyebabkan nilai Beast Industries mencecah kira-kira AS$5 bilion (RM23.5 bilion), meningkat daripada kira-kira AS$1.5 bilion (RM7.05 bilion) beberapa bulan sebelumnya.
Syarikat terbabit sebelum ini mengalami kemerosotan dana selama tiga tahun berturut-turut, dengan nilai keseluruhan hampir AS$604 juta (RM2.838 bilion).
Berkongsi kepada audiosiar "The Colin & Samir Show" pada Januari, MrBeast menyatakan bahawa skala perniagaannya sedang menghadapi tempoh begitu sukar.
Bagaimanapun Beast Industries mempunyai kelebihan luar biasa kerana ia dibangunkan oleh salah seorang selebriti media sosial paling terkenal di dunia.
Penglibatan Jimmy bersama YouTube bermula ketika beliau memuat naik video awalnya di platform tersebut ketika berusia 11 tahun dengan menunjukkan dirinya bermain permainan video Call of Duty dan Minecraft. — Agensi
Potensi itu mendorong pelabur meletakkan MrBeast sebagai individu kedua paling banyak diikuti di media sosial, di belakang bintang bola sepak Cristiano Ronaldo.
Bagi sesetengah pelabur, pengaruh dimiliki MrBeast berkemungkinan menjadikan perniagaan itu lebih menarik daripada bisnes biasa.
Dalam kalangan syarikat diasaskan pencipta media sosial atau selebriti, Beast Industries merupakan salah satu bisnes paling berharga, setanding dengan Rare Beauty milik Selena Gomez dan Skim, Kim Kardashian.
Penglibatran Jimmy bersama YouTube bermula ketika beliau memuat naik video awalnya di platform tersebut ketika berusia 11 tahun dengan menunjukkan dirinya bermain permainan video Call of Duty dan Minecraft.
Bertahun-tahun kemudian, selepas menghabiskan berjam-jam mengkaji jenis video paling berkesan di media sosial, beliau akhirnya berhenti daripada kolej dan menjadikan YouTube sebagai kerja sepenuh masanya.
Tidak lama kemudian, MrBeast mula mencipta nama dalam kalangan penonton muda dengan kejutan dan hadiah berskala besar dengan tajuk yang menarik.
Antara seperti kandungan Ages 1-100 Fight for US$500,000 (RM2.35 juta) dan I Spent 50 Hours Buried Alive.
Di negeri asalnya di North Carolina, MrBeast membina operasi perniagaan dengan ratusan pekerja, termasuk 200 kakitangan yang bekerja untuk bahagian pengeluaran.
Bagaimanapun, penciptaan videonya tidak datang dengan harga yang murah.
Ini kerana setiap daripadanya lazimnya menampilkan cabaran unik dengan kru MrBeast sentiasa mengembara ke lokasi yang jauh dan membina set baharu yang rumit.
Purata video untuk saluran utama MrBeast kini berharga antara AS$3 juta (RM14.1 juta) dan AS$4 juta (RM18.8 juta), menurut individu yang arif mengenai kewangan syarikat tersebut.
Tidak mudah untuk mendapatkan pulangan daripada nilai pengeluaran tersebut.
Terdapat begitu banyak wang boleh dibuat oleh saluran di YouTube, terutamanya bagi akaun yang hanya menyiarkan beberapa video sebulan.
Untuk membawa perniagaan hiburannya ke tahap seterusnya, MrBeast mendekati perkhidmatan penstriman utama dengan idea untuk rancangan TV.
Akhirnya, Amazon membayar MrBeast kira-kira AS$100 juta (RM470 juta) untuk menghasilkan musim pertama Beast Games, salah satu tawaran paling mahal dalam sejarah TV realiti.
Walaupun begitu, Beast Industries merekodkan kerugian pada musim pertama selepas membelanjakan melebihi AS$100 juta (RM470 juta).
Pada satu ketika semasa penggambaran, MrBeast membuat keputusan spontan di lokasi untuk menggandakan hadiah wang untuk peserta, sekali gus menambahkan lagi kos pengeluarannya.
"Saya kehilangan berpuluh-puluh juta dolar pada Beast Games," kongsi MrBeast ketika audiosiar Diari CEO, sambil menyatakan bahawa beliau hanya mahukan yang terbaik untuk rancangan itu.
Beberapa bulan sebelum Beast Games memulakan kemunculannya, pesaingnya di YouTube, Rosanna Pansino menyiarkan satu siri video tentang situasi buruk yang berlaku di setnya.
Kandungan terbabit mencetuskan publisiti negatif terhadap rancangan tersebut dan berpotensi melemahkan permintaan daripada bakal penaja komersial.
Namun, rancangan berkenaan kemudiannya mendapat penajaan utama daripada MoneyLion Technologies Inc, iaitu sebuah syarikat teknologi kewangan.
Acara itu kemudiannya mula disiarkan pada Disember lalu dan ditetapkan untuk bersaing dengan penerbitan musim kedua Netflix's Squid Game.
Amazon sejak itu memaklumkan Beast Games ialah program realiti TV yang paling berjaya, dan ia bersetuju untuk menambah dua lagi musim.
Tahun lepas, MrBeast mengupah pemodal teroka, Jeffrey Housenbold untuk berkhidmat sebagai presiden dan ketua pegawai operasi Beast Industries.
Jeffrey memegang peranan pasukan eksekutif dengan ketua pegawai kewangan, ketua pegawai produk dan penasihat am, sambil membina pasukan untuk kerjasama dan strategi jenama.
Menurut Jeffrey, beliau akan mengurangkan kos anggaran AS$100 juta (RM470 juta) pada tahun ini sambil menjadikan syarikat itu perniagaan yang menguntungkan.
Syarikat terbabit dianggar bakal mencatat keuntungan kira-kira AS$300 juta (RM1.41 bilion) pada 2026.
Beliau mengaitkan kerugian masa lalu kepada jenis kesilapan yang sering dilakukan oleh pemula apabila mereka berkembang pesat.
Antara penjimatan lain, Jeffrey percaya syarikat itu boleh menurunkan kos pengeluarannya.
Namun, jelas bahawa cabang perniagaan hiburan syarikat terbabit semakin menjadi platform penting untuk menjual produk lain.
"Kami mempunyai platform yang belum pernah wujud sebelumnya dari segi jangkauan dan kumpulan peminat.
"Kami mempunyai peluang untuk melancarkan pelbagai perniagaan di belakang jangkauan dan pengedaran itu," katanya.
Amazon menyatakan Beast Games ialah program realiti TV yang paling berjaya, dan ia bersetuju untuk menambah dua lagi musim. — Agensi
Cubaan awal MrBeast untuk meneroka ke dalam bidang perniagaan makanan baru-baru ini turut mengakibatkan pertikaian undang-undang dengan rakan kongsinya.
Tetapi setakat ini, tentangan itu dilihat tidak mengendurkan hasrat MrBeast untuk mempelbagaikan lagi segmen perniagaannya.
Jimmy mengasaskan Feastables pada 2021 dengan bantuan Jim Murray yang juga bekas presiden syarikat bar protein RXbar.
Mereka memperkenalkan coklat dengan memberikan hadiah dan menjemput beberapa pemenang untuk bersaing mendapatkan wang bernilai AS$500,000 (RM2.35 juta) dalam video MrBeast.
Pada mulanya, Beast Industries membuat beberapa kesilapan, termasuk dalam isu pembungkusan. Namun, pelanggan dilihat tidak terkesan dengan perkara tersebut.
Lebih daripada 100 pekerja kini berkhidmat di Feastables, dan bar coklat, yang pada mulanya hanya tersedia di Walmart, telah berkembang ke Eropah, Afrika dan Asia.
Beast Industries meramalkan Feastables akan meningkat tiga kali ganda dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Sementara itu, syarikat itu mengunjurkan menjelang 2026, hasil media hanya akan menyumbang satu perlima daripada jumlah jualannya.
"Kandungan dan media ialah pelaburan pemasaran terhadap semua usaha lain yang kami jalankan," kata Jeffrey. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram