Krisis iklim jejas keluaran kopi global, biji kopi 'rare' dari Afrika dijangka jadi pengganti


  • Bizz
  • Jumaat, 21 Mac 2025

Biji kopi excelsa (gambar kecil) berasal dari Sudan Selatan dan turut boleh ditemui di sesetengah negara Afrika selain ditanam di beberapa negara di Asia. — Agensi/Freepik

PERUBAHAN iklim memberikan impak signifikan terhadap industri kopi global.

Kenaikan suhu, perubahan pola hujan, dan kejadian cuaca ekstrem dilapor memberikan ancaman terhadap pengeluaran biji kopi di seluruh dunia sekali gus mempengaruhi ketersediaan dan harga komoditi tersebut di pasaran.​

Sementara itu, pakar mengganggarkan bahawa, fenomena kemarau di Brazil yang merupakan negara penanam kopi terbaik dunia merekodkan kemerosotan hasil biji kopi sebanyak 12 peratus.

BACA LAGI: 3 tahun 'berumah' di gudang, turun naik bas Ipoh ke KL, jerih perih sedekad Azzim demi Bulan Bintang

BACA LAGI: Bukan sukan mahal, bekas atlet tenis profesional negara teroka potensi pickleball di Malaysia

Dalam keadaan negara pengeluar utama kopi bergelut menanam tanaman dalam cuaca lebih kering dan tidak menentu, harga komoditi tersebut teus melonjak ke paras tertinggi sejak beberapa dekad lalu dengan pemain industri turut sedang menumpukan cara bagi menyelesaikan isu yang timbul.

Di tengah-tengah krisis itu, pemerhati antarabangsa kini mula menumpukan minat mereka terhadap pengeluaran kopi excelsa, iaitu sejenis biji kopi yang ditemui di Sudan kira-kira beberapa abad lalu.

A worker turns excelsa coffee beans to dry near Nzara, South Sudan on Saturday, Feb. 15, 2025. (AP Photo/Brian Inganga)

Pekerja ladang sedang mengeringkan biji kopi excelsa. — Agensi

"Apa yang ditunjukkan oleh sejarah kepada kita adalah kadangkala dunia tidak memberi anda pilihan, dan pada masa ini terdapat ramai petani kopi berdepan perubahan iklim dan menghadapi kesulitan ini," kata ketua penyelidikan kopi di Royal Botanic Gardens, Kew, di London, United Kingdom, Aaron Davis.

Dalam berdepan masalah tersebut, biji kopi excelsa dilapor mampu memainkan peranan dalam membantu industri kopi beradaptasi dengan perubahan semasa.

Mengenali excelsa

Biji kopi excelsa merupakan biji kopi berasal dari Sudan Selatan.

Namun, ia juga boleh ditemui di beberapa negara Afrika lain termasuk Congo, Republik Afrika Tengah dan Uganda.

Ia juga dilapor ditanam di India, Indonesia dan Vietnam.

Ciri akar pokok yang dalam, daun berkulit tebal dan batang besar membolehkannya tumbuh subur dalam keadaan melampau seperti kemarau dan panas di mana kopi lain tidak boleh.

Pokok excelsa juga tahan daripada serangan banyak perosak dan penyakit kopi biasa.

Namun, di sebalik sifatnya tersebut, bekalannya hanya merangkumi kurang 1 peratus daripada pasaran global, jauh di belakang spesies arabika dan robusta yang merupakan kopi paling banyak digunakan di dunia.

Pakar berkata, excelsa perlu terlebih dahulu dibuktikan bahawa ia boleh ditanam dalam skala lebih besar untuk merapatkan jurang dalam pasaran disebabkan perubahan iklim.

Tidak seperti negara jirannya iaitu Ethiopia atau Uganda, Sudan Selatan yang kaya dengan minyak tidak pernah dikenali sebagai negara pengeluar kopi.

Bekas negara yang menjajahnya, British menanam robusta dan arabika, namun kebanyakan kegiatan pertanian itu terhenti selepas tercetusnya konflik selama beberapa dekad yang memaksa penduduk meninggalkan rumah mereka dan menjadi pelarian.

Pokok kopi memerlukan penjagaan yang kerap seperti aktiviti pemangkasan dan merumput serta ia mengambil masa sekurang-kurangnya tiga tahun untuk mengeluarkan buah.

Semasa lawatan awal bulan ini ke Nzara County di negeri Equatoria Barat - dianggap sebagai bakul roti negara - penduduk bercakap tentang ibu bapa dan datuk nenek mereka menanam kopi, namun kebanyakan generasi muda tidak melakukannya sendiri.

A worker tends to excelsa seedlings inside a greenhouse near Nzara, South Sudan on Saturday, Feb. 15, 2025. (AP Photo/Brian Inganga)

Pengetahun mengenai excelsa dilihat masih agak terhad dan tidak seperti kopi popular lain iaitu arabika dan robusta. — Agensi

Dalam lawatan dilakukan pada awal Mac lalu ke Nzara County di negeri Equatoria Barat, penduduk dilaporkan bercakap mengenai ibu bapa dan datuk nenek mereka yang merupakan menanam kopi.

Namun, kebanyakan generasi muda di kawasan tersebut sudah tidak melakukan kegiatan tersebut dan ramai yang tidak mengetahui mengenai keunikan excelsa.

Pokok biji kopi tersebut yang dirujuk sebagai pokok besar biasanya memiliki ketinggian lebih tinggi daripada spesies arabika dan robusta.

Pokok excelsa boleh mencapai ketinggian 15 meter, tetapi juga boleh dipangkas dengan lebih pendek untuk memudahkan penuaian.

Kopi diperbuat daripada excelsa mempunyai rasa lebih manis – tidak seperti robusta dengan nota rasa coklat, buah-buahan gelap dan hazelnut.

Ia lebih mirip dengan arabika, tetapi secara amnya kurang pahit dan mungkin mempunyai rasa asas yang kurang.

"Terdapat sedikit pengetahuan tentang kopi ini, yang kami rasa berada di barisan hadapan untuk cuba merungkainya dan kami belajar setiap hari," kata Ian Paterson yang merupakan pengarah urusan Equatoria Teak, sebuah syarikat pertanian perhutanan mampan telah beroperasi di Sudan Selatan selama lebih sedekad.

Syarikat itu telah melakukan percubaan pada excelsa selama bertahun-tahun.

Keputusan awal adalah menjanjikan, dengan pokok-pokok mampu menahan haba jauh lebih baik daripada spesies lain, kata syarikat itu.

Ia juga bekerjasama dengan komuniti untuk memulihkan industri kopi dan meningkatkan pengeluaran.

Tiga tahun lalu ia memberi anak benih dan latihan kepada kira-kira 1,500 petani untuk membantu mereka menanam kopi.

Petani boleh menjual semula kepada syarikat untuk diproses dan dieksport.

Kebanyakan pokok mula mengeluarkan hasil buat kali pertama pada 2025 dan Paterson berkata, beliau berharap untuk mengeksport kumpulan hasil pertama berjumlah kira-kira tujuh tan ke pasaran khusus di Eropah.

Menjelang 2027, kopi itu dijangka boleh menyuntik kira-kira AS$2 juta (RM8.93 juta) ke dalam ekonomi, dengan pembeli besar seperti Nespresso sudah menyatakan minat.

Namun, pengeluaran perlu meningkat tiga kali ganda agar ia berbaloi untuk pembeli besar melabur, katanya.

Itu mungkin mencabar di Sudan Selatan, di mana kekurangan infrastruktur dan ketidakamanan menyebabkan sukar untuk mengeluarkan kopi.

Satu trak 30 tan kopi perlu menempuh perjalanan sejauh 3,000km untuk sampai ke pelabuhan di Kenya untuk dihantar.

Kos untuk pusingan pertama perjalanan itu, melalui Uganda, adalah lebih daripada AS$7,500 (RM33.52 juta), iaitu sehingga lima kali ganda kos di negara jiran. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram