
SEORANG pemandu lori terselamat selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Ranau-Sandakan, Sabah pada Jumaat.
Balai Bomba dan Penyelamat Ranau memaklumkan, treler yang membawa muatan tujuh kereta itu terbabas dan terjunam dari ketinggian 50 kaki.
"Kejadian itu turut menyebabkan kerosakan sebuah rumah akibat dihempap pokok yang tumbang," kongsinya menerusiaplikasi WhatsApp.
BACA LAGI:[VIDEO] Marah dilarang berniaga atas motor, pak cik campak petai depan penguat kuasa di Port Dickson
BACA LAGI:Tambang percuma feri Pulau Pinang selama 2 hari sempena Aidilfitri
Melalui video kejadian awal yang dikongsikan, lori terbabit dilihat hilang kawalan sebelum terjatuh ke dalam gaung.
Lebih mengejutkan apabila pemandu lori itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya keluar dengan selamat.
Bagaimanapun, tiada sebarang kematian dilaporkan berhubung kemalangan itu setakat ini.—Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram