Perkeso bayar faedah lebih RM5.82 bilion kepada hampir 872,000 penerima tahun lalu


  • Primer
  • Jumaat, 21 Mac 2025

Steven bergambar bersama penerima-penerima sumbangan Aidilfitri pada Majlis Iftar Kesuma Perkeso 2025.

PERTUBUHAN Keselamatan Sosial (Perkeso) telah membuat pembayaran faedah berjumlah lebih RM5.82 bilion kepada 871,949 penerima pada tahun lalu.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata, jumlah itu adalah lebih tinggi berbanding RM5.48 bilion yang disalurkan pada 2023 kepada 920,368 penerima dan RM4.92 bilion (2022) melibatkan 866,666 penerima.

Menurutnya, pembayaran faedah untuk pencen penakat pada 2024 adalah yang tertinggi, merekodkan pembayaran berjumlah RM2.412 bilion.

BACA LAGI: Bukan lagi 90km/j, had laju Jalan Persekutuan dikurangkan 80km/j sempena Aidilfitri

BACA LAGI: Bukan lagi 90km/j, had laju Jalan Persekutuan dikurangkan 80km/j sempena Aidilfitri

"Ia diikuti pencen ilat dan bantuan ilat bernilai RM1.195 bilion dan lebih RM627 juta untuk Faedah Hilang Upaya Kekal.

"Menerusi penguatkuasaan siling gaji baharu dari RM5,000 ke RM6,000 bagi maksud caruman bermula 1 Oktober 2024, langkah tersebut dilihat dapat diterjemahkan kepada pembayaran faedah yang lebih baik dan meluas kepada pencarum," katanya pada Majlis Iftar Kesuma Perkeso 2025 di Kuala Lumpur pada Khamis.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Dasar dan Antarabangsa Kementerian Sumber Manusia, Dr Mohd Shaharin Umar; Pengerusi Lembaga Perkeso, Datuk Seri Subahan Kamal dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Steven Sim Chee Keong.Menteri Sumber distributing sumbangan to childrens and family during Majlis Iftar Kesuma Perkeso 2025. (MAC 19 2025) — ART CHEN/The StarReporter WAIS AZIZAN

Steven ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Iftar Kesuma Perkeso 2025.

Sementara itu, Steven turut menyampaikan pembayaran faedah kepada sembilan penerima, dengan yang tertinggi adalah sebanyak RM24,000 bagi faedah Hilang Upaya Kekal (HUK).

Jelasnya, selain itu, pemberian dana RM10,000 bagi tujuan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut dilakukan pada majlis sama.

Dalam perkembangan sama, Steven berkata, jumlah kemalangan ditakrifkan sebagai bukan bencana kerja direkodkan pada Januari tahun lalu agak membimbangkan selepas data daripada Perkeso mencatatkan sebanyak 177 kes dalam kategori berkenaan.

Ujarnya, statistik itu juga menyaksikan sebanyak 3,906 kes direkodkan sebagai bencana kerja daripada jumlah keseluruhan 7,137 kemalangan dilaporkan kepada Perkeso sepanjang Januari 2025.

"Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) menyediakan perlindungan kepada pekerja, namun ia hanya terpakai jika kemalangan disahkan sebagai bencana kerja atau penyakit khidmat.

“Angka tersebut sebenarnya membimbangkan. Data tahun lepas menunjukkan sebanyak 80,166 kes kemalangan dilaporkan kepada Perkeso, dengan purata 6,680 kes sebulan atau 219 kes sehari.

Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber distributing sumbangan to childrens and family during Majlis Iftar Kesuma Perkeso 2025. (MAC 19 2025) — ART CHEN/The StarReporter WAIS AZIZAN

Steven (kiri) menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada lebih 120 golongan ibu tunggal dan anak-anak yatim.

“Tahun ini, baru Januari sahaja, angka bencana bukan kerja sudah menghampiri 200 kes. Kita perlu ingat bahawa 177 kes itu melibatkan pekerja yang juga suami, isteri, ibu, ayah dan anak di luar sana yang tidak mendapat perlindungan daripada Perkeso kerana kesnya tidak ditakrifkan sebagai bencana kerja.

“Menuju ke negara yang menekankan kepentingan keselamatan sosial, sudah semestinya ini antara perkara yang perlu kita lihat,” katanya.

Pada majlis sama, Steven turut menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada lebih 120 golongan ibu tunggal dan anak-anak yatim.

Untuk rekod, Perkeso akan memperkenalkan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) dan meminda dua akta pada tahun ini, termasuk Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram