
SEORANG penunggang motosikal di Perling, Johor terpaksa menanggung kecederaan di pinggang selepas kenderaan dinaikinya melanggar kereta pada Selasa.
Menurut sebuah rakaman yang tular, terdapat sebuah kenderaan berwarna gelap berada di lorong kanan semasa trafik agak perlahan.
Kenderaan itu kemudiannya membuat tindakan mengejut dengan menukar lorong kepada lorong tengah namun tidak memberikan sebarang isyarat berbuat demikian.
Disebabkan itu, sebuah motosikal yang datang daripada belakang kemudiannya menghentam kereta tersebut kerana tindakan melulu kereta tersebut menukar lorong.
Penunggang motosikal itu kemudiannya terjatuh dan dilihat mengalami kecederaan di pinggangnya semasa dia pergi ke penghadang jalan untuk menenangkan diri.
Tiada kehilangan nyawa yang berlaku dari kemalangan tersebut dan mujur buat mangsa, beberapa individu turut membantunya memastikan dia dalam keadaan baik.
Tidak dapat dipastikan kesudahan kejadian itu sama ada ia dipanjangkan ke pengetahuan pihak berkuasa.
Perbuatan menukar lorong tanpa memberikan isyarat jelas satu tindakan tidak bertanggungjawab. Sebagai pengguna jalan raya, pastikan isyarat sentiasa diberi semasa menukar lorong. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram