[VIDEO] 'Ibu bapa tak boleh biarkan', aksi 2 budak main 'tembak' mercun di Shah Alam undang kebimbangan


  • Tular
  • Khamis, 20 Mac 2025

Tangkap layar video memaparkan aksi dua kanak-kanak yang sedang bermain mercun sambil berkejaran di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam baru-baru ini.

AKSI dua budak lelaki bermain mercun sambil berkejaran di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, Selangor baru-baru ini mengundang kebimbangan orang awam. 

Menerusi video tular di media sosial sejak Khamis, dua kanak-kanak terbabit dilihat sedang berlari dengan seorang daripadanya memegang mercun yang sudah dibakar. 

Mercun tersebut juga dipegang dan diacukan ke arah rakannya yang sedang berlari di hadapan. 

BACA LAGI: [VIDEO] 'Ibu meninggal, ayah dalam penjara', kisah remaja lelaki terpaksa tidur dalam dobi runtun hati ramai

BACA LAGI: Debaran kian terasa, ini cara pantas semak keputusan UPKK

Kejadian itu pada masa sama disaksikan oleh beberapa pengunjung yang berada berhampiran kawasan berkenaan. 

Bagaimanapun, tiada sebarang tindakan tegas diambil untuk menghentikan perbuatan berbahaya kanak-kanak terbabit. 

Namun, tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan susulan aksi itu setakat ini. 

Rata-rata warga maya juga bimbang melihat aksi itu kerana risiko berlakunya kemalangan tidak diduga menjelang raya nanti.

"Yang macam ini polis perlu ambil tindakan. Tidak boleh dibiarkan. Ibu ayah pun perlu pesan pada anak-anak," komen Jelita Menawan.

"Perkara bahaya seperti ini boleh dijadikan gurauan? Tidak jadi apa tidak mengapa. Kalau dah jadi, masa itu tidak guna menyesal," tambah Cik Az Myza.

Mereka juga menggesa agar pihak berkuasa lebih tegas dengan melakukan pemantauan ketat untuk bermain mercun atau bunga api di kawasan umum terutama ketika waktu menjelang Aidilfitri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram