
DUA beranak dilaporkan rentung dalam tragedi nahas membabitkan dua buah treler yang kemalangan di Kilometer 331.8 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah, Perak pada Selasa.
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 7.46 pagi itu melibatkan sebuah treler muatan pasir yang merempuh belakang sebuah lagi treler membawa kapas.
Mangsa maut merupakan pemandu treler pasir berusia lingkungan 40-an dan anak lelakinya yang bertindak sebagai kelindan berusia 20-an.
BACA LAGI: Guru digalak kongsi tandas murid, pantau kebersihan bersama
BACA LAGI: [VIDEO] Kena kejar peronda hampir 7km, 2 lelaki positif dadah ditahan halang tugas polis di Muar
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pelanggaran kedua-dua kenderaan tersebut mengakibatkan kebakaran.
"Maklumat daripada ketua operasi terdapat seorang mangsa iaitu pemandu ditemui mati, manakala seorang lagi ditemui tersepit di bawah kepala treler.
"Kedua-dua mangsa berjaya dibawa keluar oleh pasukan penyelamat," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Tambahnya, seramai 15 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tapah serta Bidor digerakkan ke lokasi kejadian bagi kerja-kerja menyelamat dan memadam kebakaran. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram