PERTUBUHAN Keselamatan Sosial (PERKESO) menaikkan kadar gaji siling bagi pekerja yang di bawah kontrak perkhidmatan dan perantisan kepada RM6,000 bermula pada 1 Oktober.
Dalam siaran yang dikeluarkan pada Selasa, PERKESO mengatakan peningkatan gaji siling itu adalah daripada RM5,000 kepada RM6,000.
Menurut entiti tersebut, kesemua pekerja yang diambil mengikut kontrak tersebut mestilah didaftarkan serta dicarumkan di bawah PERKESO.
BACA LAGI: Kartel palsu tuntutan bebankan pentadbiran, kos pengurusan PERKESO - MTUC
Peningkatan gaji siling itu adalah berdasarkan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017.
Untuk rekod, peningkatan gaji siling tersebut diluluskan di Parlimen pada Julai lalu.
"Mulai 1 Oktober 2024, semua pekerja yang diambil bekerja di bawah suatu kontrak perkhidmatan atau perantisan hendaklah didaftar dan dicarumkan kepada PERKESO tertakluk kepada had siling berasaskan gaji pekerja sebanyak RM6,000 sebulan bagi Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017," kata PERKESO. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram