
LEBIH 5,000 peluang pekerjaan ditawarkan di Karnival Kerjaya EmpowerHer yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada 14 dan 15 Mac ini.
Acara dianjurkan Kementerian Sumber Manusia melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) itu memberi fokus pada peluang pekerjaan yang menawarkan Pengaturan Kerja Fleksibel (FWA) untuk menyokong penyertaan wanita dalam tenaga kerja.
Inisiatif tersebut selaras dengan usaha kerajaan untuk mewujudkan tempat kerja yang lebih inklusif dan seimbang.
BACA LAGI: Didik gadis autonomi tubuh usaha atasi perkahwinan bawah umur, elak jadi mangsa manipulasi
BACA LAGI: Didik gadis autonomi tubuh usaha atasi perkahwinan bawah umur, elak jadi mangsa manipulasi
Kerajaan berusaha mewujudkan tempat kerja yang lebih inklusif dan seimbang buat wanita.
Perkeso menerusi satu kenyataan memaklumkan, Karnival Kerjaya EmpowerHer bertujuan memberi peluang kepada wanita untuk memahami lebih mendalam mengenai fleksibiliti tempat kerja, yang membolehkan mereka menyesuaikan jadual mengikut keperluan peribadi tanpa menjejaskan prestasi kerja.
"Melalui FWA, wanita akan mendapati ia lebih mudah untuk menyeimbangkan komitmen kerja dan peribadi mereka, sama ada menjaga keluarga, melanjutkan pendidikan atau terlibat dalam aktiviti komuniti," katanya.
Karnival itu akan menawarkan pelbagai jawatan, antaranya pengurus projek, pengurus perkhidmatan dan perunding teknikal, dengan tawaran gaji antara RM13,000 hingga RM16,000 sebulan.
Antara majikan yang akan mengambil bahagian dalam karnival tersebut termasuk Jabatan Peguam Negara, Malaysia Aviation Group, AirAsia, Airbus Helicopters Malaysia, Baker Hughes, IHH Healthcare Malaysia, UiTM Private Specialist Centre dan Robert Bosch Sdn Bhd.
Selain peluang pekerjaan, karnival juga akan diwarnai dengan pelbagai aktiviti, termasuk pemeriksaan kesihatan wanita yang dianjurkan Majlis Kanser Nasional dan Sehati Perkeso, sesi kaunseling kerjaya serta pameran dari agensi kerajaan dan swasta.
Inisiatif itu juga diharap dapat memberi manfaat besar kepada golongan wanita dalam memperluas peluang pekerjaan di samping meningkatkan kualiti kehidupan mereka. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp