
BAGI Roslan Sarbaini, pembuatan songkok merupakan sesuatu yang sudah sebati dalam dirinya sejak sekian lama selepas beliau mengambil keputusan mewarisi perniagaan terbabit yang dimulakan keluarganya kira-kira 80 tahun lalu.
Ia juga juga bermakna seperti kelaziman tahunan, minggu-minggu menjelang Hari Raya akan menjadi masa yang sibuk bagi beliau yang kini berusia dan mempunyai kemahiran jahitan tangan luar biasa.
Dalam tempoh tersebut, beliau yang kini berusia 65 tahun sedang gigih berusaha memenuhi tempahan songkok hitam tradisional dan tarbus, atau dikenali sebagai fez dalam buaya Arab.
Popularitinya membuatkan permintaan meningkat dengan tempahan turut diterima dari Sabah dan Sarawak.
BACA LAGI: Pesanan TMJ jadi azimat, Kopi Rakyat bawa anak kelahiran Kuantan dari jalanan ke pusat beli-belah
Di samping itu, Roslan turut menerima beberapa permintaan yang unik dan pelik.
Sebagai contoh, katanya seorang pelanggan dari Sabah meminta beliau untuk membuat songkok lipat setinggi 35.5 sentimeter (sm).
Antara koleksi songkok tradisional buatan tangan yang dihasilkan Roslan. — Sarbaini Jamil
“Songkok jenis ini boleh ketinggiannya biasa dibuat antara 8sm hingga 15sm tetapi pelanggan ini meminta songkok lebih tinggi,” kongsi beliau.
Reputasinya sebagai pembuat songkok turut terkenal sehingga menarik pelbagai pelanggan termasuk kerabat diraja, ahli politik dan artis.
"Seorang artis meminta tarbus unik kerana beliau cuba memulakan trend.
"Kami berbesar hati untuk memenuhi permintaan dibuat selagi kami dapat menyediakan produk berkualiti," jelasnya.
Secara purata, beliau boleh menghasilkan kira-kira 10 biji songkok sehari.
Roslan berkata, tempahan songkok lazimnya mula diterima kira-kira dua bulan sebelum Ramadan.
Tarbus hasil kerja tangan Roslan turut dicari oleh pelanggan. — Sarbaini Jamil
Jelasnya, beberapa permintaan turut datang daripada ahli perniagaan bukan Islam.
Beliau pada masa sama turut berkongsikan mengenai perkembangan trend terkini songkok yang ditempah oleh pelanggannya.
“Sebelum ini, tempahan pada bulan Ramadan kebanyakannya adalah untuk songkok hitam. Tetapi pada hari ini sesetengah pelanggan lebih suka menggunakan tarbus dan songkok baldu diperbuat daripada baldu berkualiti tinggi diimport dari Jerman, Jepun dan Korea Selatan.”
“Kemudian ada juga songkok yang diperbuat daripada seluar jeans dan bahan korduroi yang semakin popular dalam kalangan belia,” katanya ketika ditemui di kedainya di Senawang, Negeri Sembilan.
Roslan yang sudah berpuluh tahun membuat songkok lipat berkata, songkok songket dan songkok batik juga kini mendapat permintaan tinggi terutama daripada pelancong asing.
Pada masa sama, Roslan bagaimanapun berkata, beliau tetap memberi penekanan untuk menjaga nama baik jenamanya yang dikenali sebagai “Sarbaini Jamil”.
Beliau berkata, perniagaan itu diwarisi daripada arwah bapanya Sarbaini Jamil yang sebelum ini pernah beroperasi di sebuah rumah kedai sebelum zaman perang Dunia Kedua di Jalan Yam Tuan, Seremban.
Roslan (kiri) turut dibantu isterinya untuk menguruskan tempahan yang meningkat khususnya ketika musim Hari Raya. — Sarbaini Jamil
Sarbaini meninggalkan Bukit Tinggi, Sumatera, pada usia muda untuk membantu bapa saudaranya yang sakit, yang juga seorang pembuat songkok, yang mengusahakan kedai selepas pendudukan Jepun pada 1945.
Sarbaini masih mempelajari seni membuat songkok ketika bapa saudaranya meninggal dunia selepas hanya tiga bulan ketibaannya.
Populariti jenama perniagaan tersebut berkembang dari mulut ke mulut.
“Saya tidak mengiklankan produk saya di media sosial kerana saya sudah terlalu tua untuk itu.
"Jenama kami tersebar melalui pelanggan yang berpuas hati yang menghargai jahitan tangan kami yang halus dan artistik," ujarnya yang masih menerima tempahan melalui WhatsApp.
Isteri Roslan, Lindawati Syamsir Jamil, 60, turut membantu di kedai bagi menangani lonjakan tempahan pada musim Hari Raya.
Di waktu kemuncak tempahan, pasangan itu akan turut dibantu oleh tiga orang anaknya yang kini sudah memiliki karier masing-masing. — The Star/SARBAN SINGH
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram