[VIDEO] Tandas SK Long Jaafar siap dibaiki 2 hari lepas murid mengadu kepada PM Anwar


  • Primer
  • Khamis, 20 Mac 2025

Sebanyak dua tandas SK Long Jaafar, Kamunting, Perak yang sudah dibaiki pada Ahad lalu.

DUA tandas rosak di Sekolah Kebangsaan (SK) Long Jaafar, Kamunting, Perak sudah dibaiki selepas seorang murid membuat aduan secara terus kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi lawatan ke bazar Ramadan pada Jumaat minggu lalu.

Setiausaha Politik Anwar, Muhammad Kamil Abdul Munim memaklumkan bahawa masalah tersebut sudah diselesaikan dalam tempoh dua hari selepas aduan diterima.

"Saya sudah menerima maklumat terkini mengenai aduan terus yang dikemukakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu tandas di SK Long Jaafar semasa lawatan ke bazar Ramadan Kamunting.

"Kerja-kerja pembaikan kini berjaya disiapkan," katanya menerusi ciapan di X.

BACA LAGI: [VIDEO] Budak lelaki spontan mengadu kepada PM Anwar tandas sekolah rosak di bazar Ramadan

BACA LAGI: [VIDEO] 'Ibu bapa tak boleh biarkan', aksi 2 budak main 'tembak' mercun di Shah Alam undang kebimbangan

 

 

 

 

Beliau berkata, Anwar secara konsisten mengingatkan semua kakitangan kerajaan Madani untuk melibatkan diri dengan orang ramai secara langsung dan menangani kebimbangan segera dengan pantas.

Sebelum ini, tindakan spontan seorang kanak-kanak lelaki yang membuat aduan tentang keadaan tandas sekolahnya di hadapan Anwar di bazar Ramadan tersebut meraih perhatian ramai.

Kanak-kanak tersebut juga memberitahu keadaan dua tandas sekolahnya yang rosak dan tidak dapat digunakan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram