
SEBUAH kemalangan melibatkan kenderaan jenis Proton Saga dan tiga kenderaan lain termasuk sebuah pacuan empat roda meragut tiga nyawa di Pendang, Kedah pada Rabu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang, Zulkifli Manaf berkata, pihaknya menerima panggilan pada 3.24 pagi dengan insiden tersebut berlaku di Kilometer 58.4 Lebuhraya Utara Selatan yang turut melibatkan dua buah lori.
Menurut Zulkifli, ketiga-tiga mangsa itu tersebut tersepit dan memerlukan pihaknya menggunakan alatan khas bagi mengeluarkan mereka.
BACA LAGI: [VIDEO] Jabatan Hidupan Liar tembak mati buaya sepanjang 1.2 meter berkeliaran di Pantai Tanjung Aru
BACA LAGI: Cubaan licik 15 warga Bangladesh menyamar pasukan kriket gagal, ditahan di KLIA
Sementara mereka yang di dalam pacuan empat roda itu pula mengalami kecederaan.
“Tiga mangsa dalam kereta Proton Saga itu dilaporkan tersepit dan meninggal dunia, manakala dua lagi mangsa dalam kenderaan pacuan empat roda itu cedera.
“Bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas dan operasi mengeluarkan mangsa mengambil masa kira-kira 20 minit.
“Mangsa yang cedera dihantar ke hospital dengan menaiki ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” jelasnya.
Dalam pada itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengesahkan rentetan kemalangan itu, lorong kiri masih ditutup sementara lorong kanan boleh digunakan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram