Cuma dengar rayuan, tiada keputusan dibuat terhadap Syed Saddiq — Hakim


Tiada keputusan dibuat terhadap rayuan Syed Saddiq pada Rabu.

TIADA sebarang keputusan dilakukan terhadap rayuan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta atas empat kesalahan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) pada Rabu.

Memetik laporan Astro Awani, panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin mengatakan prosiding pada Rabu hanya untuk mendengar hujahan daripada pihak Syed Saddiq.

Panel tiga hakim menentapkan selama dua hari sehingga Khamis untuk mendengar hujahan kedua-dua belah pihak sebelum membuat keputusan.

BACA LAGI: Hadir beri sokongan di mahkamah, Syed Saddiq anggap Bella wanita luar biasa

BACA LAGI: 'Untung rakyat Muar dapat YB function', peruntukan bakal diterima Syed Saddiq beri manfaat menjelang Aidilfitri

"Hari ini, kita dengar rayuan perayu, Syed Saddiq terlebih dahulu, dan akan berhenti seketika untuk rehat tengah hari.

"Esok, kita boleh sambung dengan hujahan daripada pihak pendakwaan," kata Ahmad Zaidi.

Terdahulu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azhar Abdul Hamid menjatuhkan hukuman selepas mendapati Saddiq bersalah atas empat pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram.

Pembelaan terhadap bekas Menteri Belia dan Sukan itu ditolak oleh mahkamah selepas mendapati keterangan yang diberikan bersifat 'tidak masuk akal'.

Saddiq kemudiannya memfailkan rayuan dengan memberikan 18 alasan dalam petisyen rayuannya agar kesemua hukumannya diketepikan dan dibebaskan daripada empat kes tersebut.

Prosiding rayuan dilakukan oleh Saddiq merupakan di peringkat kedua pengadilan. Sekiranya kekal bersalah, dia boleh melakukan rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan.

Namun begitu, sekiranya panel tiga hakim memilih untuk menerima rayuan Saddiq, dia akan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan itu serta-merta. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram