[VIDEO] Penonton 'gatal tangan' baling mercun aksi Kuching City lawan Selangor FC ditahan


  • 112
  • Isnin, 17 Mac 2025

Antara aksi perlawanan antara Kuching City FC dan Selangor FC pada Ahad dicemari dengan insiden baling mercun oleh penyokong. — Facebook/MFL

TINDAKAN seorang lelaki yang membaling mercun semasa perlawanan Liga Super antara Kuching City FC dan Selangor FC pada Ahad membawa padah selepas dia ditahan.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Kommisioner, Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, lelaki tempatan berumur 33 tahun itu diberkas pada pukul 10.50 malam Ahad.

"Semasa penugasan jaga aman dijalankan, didapati seorang individu yang berada di tempat duduk penonton membaling objek ke arah balapan stadium dan berlaku bunyi letupan yang kuat disyaki mercun semasa perlawanan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

BACA LAGI:  [VIDEO] Rempuh 3 motosikal di 3 lokasi berbeza, ayah rayu bantuan orang ramai kesan pemandu Myvi langgar lari anak

BACA LAGI: [VIDEO] Perompak bertopeng dan berparang mati ditembak di Sepang berbahaya, guna MO pulang ke negara asal lepas buat jenayah — Polis

Kes disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara selama tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

Beliau menasihatkan orang awam yang hadir menyaksikan perlawanan bola sepak di Stadium Negeri agar tidak membawa barang terlarang, terutamanya bahan letupan yang boleh menimbulkan kegusaran dan ketenteraman awam dalam kalangan masyarakat.

Saksi yang menyaksikan kejadian boleh menyalurkan maklumat berkaitan kejadian ini dengan menghubungi Pusat Kawalan IPD Kuching di talian 082-24444 atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Jenayah, SM Kipli Jeman di talian 019-6784444. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram