
SEORANG lelaki dilaporkan hilang ketika memancing di kawasan bawah Jambatan Muhibbah, Klang, Selangor pada pagi Ahad.
Menerusi maklumat dikongsikan Mynewshub, mangsa, Mior Mohamad Ikhmal Mohd Anua, 26, dipercayai keluar dari rumah sekitar pukul 7.50 pagi untuk memancing di lokasi kejadian.
Menurutnya, Mior yang merupakan pegawai khidmat pelanggan di Malaysia Airlines (MAS) sempat memuat naik status aktivitinya di media sosial.
BACA LAGI: Kes GISB: Keputusan ikat jamin 22 ahli termasuk CEO dan isteri ditetapkan 24 Mac
BACA LAGI: [VIDEO] Mayat lelaki tanpa pakaian ditemukan terapung dalam sungai di Alor Setar
LELAKI HILANG SELEPAS KELUAR MEMANCING DI KLANG
KLANG, 17 Mac 2025 – Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas keluar memancing di kawasan bawah Jambatan Muhibbah, Klang, berhampiran Pulau Indah pada pagi semalam.
Mangsa, Mior Mohamad Ikhmal Mohd Anua, 26, yang bekerja sebagai… pic.twitter.com/IyuYlzc2OT
— MYNEWSHUB (@mynewshub) March 17, 2025
Rakan mangsa yang dikenali sebagai Helmy Ikram mendakwa, Mior dipercayai terjatuh sebelum dibawa arus deras sungai.
Dakwanya, kejadian itu disaksikan beberapa orang awam namun tidak dapat membantu kerana berlaku terlalu pentas.
Mangsa juga dikatakan anak tunggal keluarga dan berasal Manjung, Perak.
Sehingga kini, mangsa masih belum ditemui dan usaha menyelamat didakwa sedang giat dijalankan.
Bagaimanapun, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram