
SEORANG lelaki dipercayai terlibat dalam kecurian di sebuah masjid di Sapagaya, Sabah pada Ahad.
Menerusi video kamera litar tertutup (CCTV) tular di media sosial sejak Isnin, kejadian berlaku ketika semua jemaah wanita sedang menunaikan solat.
Pada awalnya, seorang lelaki berbaju hijau dilihat menyelinap masuk ke ruangan solat wanita dan menyembunyikan diri di belakang langsir.
BACA LAGI: [VIDEO] Mayat lelaki tanpa pakaian ditemukan terapung dalam sungai di Alor Setar
BACA LAGI: [VIDEO] Penumpang warga asing didakwa bayar e-hailing guna RM100 palsu
Menyedari wajahnya mungkin tertangkap CCTV, individu itu sekali lagi menyelinap masuk ke lokasi kejadian dengan wajahnya yang dibaluti bajunya.
Dia pada masa sama bergegas menyelongkar beg tangan milik beberapa jemaah.
Lelaki terbabit juga didakwa sempat membawa lari barang berharga daripada beg tersebut sebelum berlalu pergi.
Bagaimanapun, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram