
SEORANG lelaki berselisih maut selepas kereta dipandunya dirempuh sebuah kenderaan dalam satu kejadian di Jalan Mahang, Kulim, Kedah pada Ahad.
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.30 petang itu juga berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) milik sebuah premis kedai runcit.
Rakaman itu kemudiannya dimuat naik di laman media sosial oleh pengguna Facebook, SYS Smart Legacy pada hari sama sehingga mengundang perbualan dalam kalangan netizen.
BACA LAGI: [VIDEO] Insiden serangan lelaki bersenjata di Politeknik Ungku Omar hanya latihan simulasi Komando
Selain lelaki terbabit, seekor kucing yang melintas saat kenderaan terbabit dirempuh kereta lain, juga dilaporkan selamat.
"Disebabkan ramai yang tanya berkenaan kucing tersebut, saya nak update ada maklumat yang mengatakan kucing itu selamat.
"Kucing itu pun macam dah tau-tau saja (kemalangan akan terjadi).
"Semua mangsa yang terlibat dalam kemalangan juga selamat dan hanya mengalami cedera ringan.
"Hanya kereta sahaja 'parah'. Hati-hati semua di jalan raya," tulisnya.
Fokus pada kucing. pic.twitter.com/xcfe73mNA2
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) March 17, 2025
Melalui rakaman yang dikongsikan, mangsa terdahulu dilihat menuju ke arah kenderaan jenis Perodua Myvi yang diletakkan di luar kedai runcit tersebut.
Seekor kucing turut dilihat mengekori mangsa yang menuju ke arah kenderaannya.
Dalam rakaman itu juga, kucing dan mangsa dilihat menoleh ke arah belakang sebelum mangsa masuk ke dalam kenderaan.
Namun, secara tiba-tiba, sebuah Myvi dilihat meluncur laju dan hilang kawalan merempuh kenderaan mangsa sekelip mata.
Difahamkan, mangsa sudah membuat laporan polis. Namun, belum ada sebarang kenyataan media yang dikeluarkan setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram