
SEORANG lelaki warga asing didakwa menggunakan wang palsu ketika membuat pembayaran kepada pemandu e-hailing baru-baru ini.
Menerusi video tular di media sosial sejak Sabtu, lelaki yang dipercayai warga Pakistan itu membayar dengan memberikan wang kertas bernilai RM100 sebanyak empat keping.
Namun, setelah diteliti, pemandu terbabit mendapati wang kertas berkenaan adalah palsu yang dicetak menggunakan kertas biasa.
Dalam video sama, pemandu terbabit meluahkan kekecewaannya kepada seorang lagi lelaki yang dipercayai majikan kepada warga asing tersebut.
"Nasib baik saya pegang betul-betul. Ini duit palsu. Ini kertas bukan duit bank.
"Saya tak boleh ambil dia lagi, terpaksa caj lebih. Saya ambil dia dari Labu, Negeri Sembilan," katanya.
Dalam pada itu, kelihatan warga asing berkenaan cuba mendapatkan bantuan dengan menghubungi rakannya.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi dan tarikh sebenar kejadian berlaku.
Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung video tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram