[VIDEO] Larikan hampir RM50,000, polis buru geng berparang rompak gudang kurier di Klang


  • 112
  • Sabtu, 15 Mac 2025

Tangkap layar kejadian rompak di sebuah gudang kurier di Jalan Haji Abdul Manan dekat Meru, Klang pada Jumaat.

POLIS sedang mengesan tiga lelaki yang menyamun sebuah hub pengumpulan dan pengoperasian sebuah syarikat kurier di alan Haji Abdul Manan dekat Meru, Klang, Selangor pada Jumaat.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, tiga penjenayah bertopeng bersenjatakan parang bertindak menyamun wang berjumlah RM46,000 di hab pengumpulan barangan tersebut.

"Dalam kejadian pukul 12.36 tengah hari itu, kesemua suspek menaiki sebuah kereta Perodua Bezza warna Biru yang menggunakan nombor plat palsu.

BACA LAGI: [VIDEO] Kecoh satu Klang gudang kurier dirompak sekumpulan lelaki berparang

BACA LAGI: [VIDEO] Perompak bertopeng dan berparang mati ditembak di Sepang berbahaya, guna MO pulang ke negara asal lepas buat jenayah — Polis

 

 

 

 

"Polis menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berusia 21 tahun mengenai kes samun wang tunai itu, pukul 1.19 petang.

"Kejadian berlaku ketika pengadu dan pekerja lain sedang melakukan proses mengira wang di premis tersebut.

"Siasatan mendapati tiga suspek berparang dan bertopeng muka bertindak melarikan wang tunai RM46,000 milik syarikat kurier berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurut Vijaya, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan.

Tambahnya, polis kini sedang mempergiatkan usaha memburu kesemua suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Fazlan Rezza di talian 011-10561017 atau balai polis berdekatan," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram