Pengasuh hanya mampu menangis dituduh bunuh budak usia 3 tahun di Kuantan


Tangisan Nur Nabilah (kiri) semasa dibawa ke Mahkamah Majistret Kuantan.

TANGISAN mengiringi tertuduh kepada kes bunuh kanak-kanak berusia tiga tahun, Nur Nabilah Sekh Ruslan, 32, di Mahkamah Majistret Kuantan, Pahang pada Rabu.

Walaupun begitu, tiada pengakuan direkodkan oleh tertuduh kerana kes tersebut diletakkan dalam bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Nur Nabilah yang bekerja sebagai pengasih dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah rumah dekat Bukit Rangin Damai, Perumahan Bukit Rangin pada 17 Februari sekitar 6 petang hingga 8 malam.

BACA LAGI: Banyak jalan tutup sekitar KL, rancang perjalanan balik kerja — Polis

BACA LAGI: [VIDEO] Polis rakam keterangan Ismanira susulan video tular pimpin tangan Zayn Rayyan di media sosial

Pertuduhan dibacakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dengan tertuduh boleh dikenakan hukuman mati atau penjara tidak kurang daripada 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun.

Jika tidak dijatuhkan hukuman mati, tertuduh boleh dikenakan hukuman sebat sebanyak 12 kali.

Pihak pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aisyah Abdul Wahab sementara tertuduh tidak diwakili oleh peguam.

Tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin dengan Majistret Ellyna Othman menetapkan 15 Mei untuk tarikh sebutan semula kes. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram