Donald Trump terpaksa isytihar darurat, 3 bandar terjejas lepas Kanada naikan tarif


  • Benua
  • Rabu, 12 Mac 2025

Trump mengambil langkah drastik dengan mengisytiharkan darurat di tiga bandar AS.

PRESIDEN Donald Trump terpaksa mengumumkan darurat selepas wilayah Ontaria, Kanada menaikkan tarif elektrik sebanyak 24 peratus yang dibekalkan ke Amerika Syarikat (AS).

Menurut Trump, keadaan ini membolehkan AS mengambil langkah sewajarnya bagi segera mengekang ancaman daripada Kanada.

Beliau turut mempersoalkan tindakan syarikat utiliti Kanada itu yang menjejaskan penduduk di New York, Michigan dan Minnesota susulan kenaikan tarif tersebut. 

BACA LAGI: Kanada betul-betul boikot AS, lapangan terbang jadi lokasi 'berhantu' angkara Trump

BACA LAGI: Jika ahli NATO tak bayar, AS takkan mempertahankan mereka — Donald Trump

Amerika Syarikat dan Kanada kini berada dalam perang tarif.

"Kenapa negara kita benarkan negara lain membekalkan bekalan elektrik walaupun untuk kawasan kecil? Siapa yang buat keputusan ini? Kenapa?," soal Trump.

"Anda boleh bayangkan bagaimana Kanada berbuat demikian hingga menjejaskan banyak kehidupan orang yang tidak bersalah, adakah ia sebagai salah satu cip tawar-menawar atau ancaman?

"Mereka akan membayar harga tinggi yang dicatatkan dalam sejarah beberapa tahun akan datang," tulisnya di X.

Trump juga mengarahkan Setiausaha Perdagangan AS, Howard Lutnick untuk mengenakan tarif dari sekitar 25 hingga 50 peratus berbanding kadar semasa terhadap semua produk keluli dan aluminium yang diimport dari Kanada bermula Rabu.

Presiden AS itu turut mahu menutup pasaran keluaran kereta negara itu apabila beliau menaikkan kadar tarif kereta import Kanada bermula 2 April.

Kata Trump, tindakan itu akan menutup perniagaan pembuatan automotif Kanada.

Bagi memastikan perang tarif tersebut berakhir, Trump mencadangkan agar Kanada menyertai Amerika Syarikat.

"Saya melancarkan perang dagangan dan tarif terhadap rakan rapat Amerika dan sekutunya. Selagi ancaman tarif itu tidak berhenti, kami tidak akan mengaku kalah.

"Satu perkara yang masuk akal untuk Kanada adalah menjadi negeri ke-51. Ia menjadikan kesemua tarif dan perkara lain, hilang sekelip mata.

"Cukai harian buat rakyat Kanada akan menurun, isu di sempadan utara akan hilang dan negara paling berkuasa di dunia akan jadi lebih besar, lebih baik dan lebih kuat berbanding sebelum ini. Dan Kanada akan menjadi sebahagian besar daripada itu," jelas Trump. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram