[VIDEO] 'Power collector' rosak punca letupan di LRT Abdullah Hukum


  • Bizz
  • Khamis, 13 Mac 2025

Kejadian letupan di LRT Abdullah Hukum menggusarkan orang ramai.

BADAN pengurusan sistem transit aliran ringan (LRT) di Lembah Klang, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) mengesahkan terdapat gangguan teknikal di stesen Abdullah Hukum hingga menyebabkan bunyi dentuman.

Insiden yang berlaku itu terjadi pada Rabu dengan bunyi dentuman terhasil sekitar 10.43 malam hingga menyebabkan berlakunya gangguan operasi pengangkutan awam.

Kejadian itu kemudiannya menjadi tular di media sosial.

BACA LAGI: Dinding stesen runtuh, perkhidmatan LRT Masjid Jamek tidak terjejas

BACA LAGI: Lelaki buta maut terjatuh landasan, digilis di rel LRT Tititwangsa

“Kejadian yang tular di media sosial itu dilaporkan pada pukul 10.43 malam tadi (Rabu), berpunca daripada kerosakan pada komponen pemasangan pengumpul kuasa di dalam kereta api.

“Akibat kejadian itu, terdapat kepulan asap kecil dan bunyi yang kuat," kata Rapid Rail dalam kenyataan pada Khamis.

Rentetan kejadian itu, pegawai Rapid Rail yang bertugas di stesen tersebut bertindak pantas bagi menyediakan alternatif kepada penumpang yang terjejas.

Perkhidmatan tren alternatif digunakan bagi memudahkan urusan penumpang untuk ke destinasi masing-masing.

"Perkhidmatan tren alternatif diaktifkan untuk membantu penumpang meneruskan perjalanan ke destinasi mereka. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

"Tren yang rosak dihantar semula untuk depoh penyelenggaraan untuk siasatan selanjutnya.

"Tambahan lagi, pemantauan lebih kerap akan dilakukan oleh pegawai transit terutamanya pada waktu puncak," jelas Rapid Rail. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram