
SEORANG lelaki orang kelainan upaya (OKU) penglihatan maut selepas terjatuh di kawasan landasan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur (JBPM) berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Komander Operasi Fadil Hesam Mohd memaklumkan, mangsa ditemui berada di bawah landasan rel LRT akibat digilis kereta api berkenaan.
BACA LAGI: [VIDEO] Sempat berpaut seketika, pemancing hanyut, bot terlanggar pokok tumbang di Indonesia
BACA LAGI: Katanya berang kena tuntut cerai, lelaki tergamak ugut isteri, cekik anak di Tawau
Mayat mangsa yang ditemui di bawah rel LRT. — JBPM
"Pusat Gerakan Operasi JBPM menerima panggilan kecemasan pada pukul 8:38 pagi melalui sistem MERS-999 yang memaklumkan mengenai penemuan mayat di bawah rel kereta api.
"Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
"Proses pengalihan mayat dari lokasi kejadian sedang dilaksanakan dengan teliti oleh pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan dan proses penyiasatan yang lancar," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Sementara itu, Rapid Rail berkata, perkhidmatan tren di Stesen LRT World Trade Centre Kuala Lumpur (PWTC), Titiwangsa, Sentul dan Sentul Timur digantung sementara susulan kejadian.
"Sebagai langkah keselamatan, pihak operasi telah menyahaktifkan bekalan kuasa di stesen tersebut bagi memberi laluan pada pihak polis, bomba dan ambulans yang sedang berada di lokasi untuk melakukan kerja menyelamat.
“Perkhidmatan rel alternatif, termasuk perkhidmatan bas perantara percuma telah diaktifkan bagi menyokong operasi," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram