Dinding stesen runtuh, perkhidmatan LRT Masjid Jamek tidak terjejas


  • Massa
  • Rabu, 12 Mac 2025

Dinding di LRT Masjid Jamek yang runtuh akibat hujan lebat dan angin kencang pada petang Rabu. — Rapid KL

PANEL dinding di stesen Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek, Kuala Lumpur runtuh ketika hujan lebat kira-kira pukul 4 petang Rabu.

Pengendali perkhidmatan LRT bagaimanapun memaklumkan, tiada kematian atau kecederaan dilaporkan serta tidak melibatkan kerosakan struktur besar di stesen itu.

"Kerja-kerja pembersihan dan pembetulan kini sedang dijalankan oleh pasukan kemudahan Rapid Rail.

"Satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk menyiasat kejadian itu dan memastikan struktur stesen LRT Masjid Jamek adalah kukuh," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

BACA LAGI: [VIDEO] Hanya ada di Pantai Timur, ramai tak sangka KTMB masih ada prosedur unik 'pass' kunci token

BACA LAGI: Saksi dakwa Zayn Rayyan alami masalah pertuturan tahap teruk, tak dapat ikut arahan

Keadaan dinding yang rosak selepas runtuh ditiup angin kencang. — Rapid KL

Katanya, beberapa anggota polis bantuan juga sudah dikerahkan untuk memastikan pergerakan penumpang lancar.

Pihak Rapid Rail pada masa sama memohon maaf atas sebarang kesulitan kepada penumpang.

"Sebarang maklumat yang dikemas kini boleh didapati melalui saluran media sosial rasmi Rapid KL," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram