
MENJADI penjawat awam nyata mempunyai cabaran yang tersendiri apabila perlu berdepan dengan bermacam kerenah rakyat setiap hari.
Ia tidak terkecuali ketika bulan Ramadan dengan pegawai penguat kuasa berdepan tugas lebih berat apabila perlu memastikan segala peraturan dipatuhi terutamanya di bazar Ramadan dalam kalangan peniaga.
Namun ia bukannya mudah, bagi pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), mereka perlu berdepan dengan kerenah peniaga yang kadang kala di luar batasan.
BACA LAGI: [VIDEO] Puting beliung sekali lagi melanda Sekinchan, 30 rumah terjejas
Terbaharu, tular rakaman apabila terdapat beberapa individu naik angin dan mahu mengajak pengawai DBKL bergaduh di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Dalam rakaman tersebut, dilihat beberapa individu yang cuba mencabar pengawai DBKL yang sedang menjalankan tugas.
Dipercayai, kemarahan beberapa individu itu disebabkan tindakan DBKL menghalang mereka berniaga di laluan pejalan kaki kerana menganggu orang awam.
Malah, mereka juga dipercayai tidak mempunyai lesen berniaga dan merupakan warga asing, sekali gus memaksa DBKL merampas barangan dan mengusir mereka dari kawasan tersebut.
Tiada kenyataan dikeluarkan oleh DBKL berhubung kejadian itu setakat berita ini ditulis.
Pada Ramadan kali ini, DBKL menerima pujian ramai kerana serius dalam menangani isu peniaga tidak berlesen dengan mereka yang berdaftar sahaja dibenarkan untuk berniaga.
Sebelum ini, terdapat pegawai DBKL cedera di tangan selepas digigit seorang peniaga semasa menjalankan tugas penguatkuasaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram