
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita 13 akaun berjumlah RM9.33 juta sebagai sebahagian siasasan kes rasuah dan pengubahan wang haram Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
SPRM menyita akaun tersebut selepas empat individu yang dikaitkan dengan Ismail Sabri ditahan.
Kata SPRM, akaun itu juga disita selepas Ahli Parlimen Bera itu memberi keterangan pada kali pertama pada 11 Februari lalu.
BACA LAGI: Umno ambil tindakan undang-undang jika dikait kes Ismail Sabri
BACA LAGI: Masih alami masalah kesihatan, SPRM tangguh ambil keterangan Ismail Sabri 7 Mac ini
Hasil rampasan dilakukan SPRM berkait kes rasuah Ismail Sabri.
Dalam pada itu, SPRM turut menjangkakan yang mereka akan mengambil keterangan daripada Ismail Sabri pada Rabu apabila cuti sakitnya (MC) itu berakhir.
"Dalam temu bual dengan doktor di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, baru-baru ini juga tidak dapat mengesahkan sama ada dia cergas untuk diambil keterangan.
"Tetapi usaha akan dilakukan SPRM sekiranya Ismail Sabri disahkan sihat," kata sumber itu.
Sebelum ini, SPRM mengesahkan 23 saksi baharu dalam siasatan kes tersebut sudah memberikan keterangan mereka.
Sepatutnya, Ismail Sabri perlu memberikan keterangan kepada SPRM pada Sabtu lalu namun akibat keadaan kesihatannya, dia diberikan cuti sakit sehingga Rabu.
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri itu sudah memberikan keterangan kepada SPRM selama lima jam, sehari selepas mengisytiharkan harta 10 Februari lalu.
Ia disusuli dengan penahanan empat individu termasuk dua bekas pegawai kanannya untuk membantu siasatan.
SPRM kemudiannya melakukan serbuan dengan mereka menemui wang tunai pelbagai negara berjumlah RM170 juta dan 16 jongkong emas bernilai RM7 juta di sebuah kondominium yang didakwa sebagai safehouse.
Serbuan itu dilakukan di tiga premis berbeza. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram