
PROSEDUR penyerahan kunci token yang dilakukan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hanya dapat disaksikan di Laluan Pantai Timur.
Menerusi video dimuat naik KTMB di Facebooknya, ia merupakan prosedur yang memerlukan pemandu tren menyerahkan dan menerima kunci token daripada pengurus stesen.
Menurut KTMB, prosedur unik itu sekali gus menjadi antara operasi manual kereta api yang masih dikekalkan bagi memastikan keselamatan penumpang.
BACA LAGI: Saksi dakwa Zayn Rayyan alami masalah pertuturan tahap teruk, tak dapat ikut arahan
BACA LAGI: [VIDEO] Ancam nyawa pengguna lain, pemandu lori bawa kontena senget ancam undang kembimbangan ramai
Katanya, kunci token berfungsi sebagai alat komunikasi yang penting antara stesen-stesen kereta api.
"Sistem ini memastikan hanya satu tren berada di dalam petak laluan tertentu pada satu masa serta menjamin keselamatan operasi di landasan tunggal.
"Sekiranya kunci token hilang, tren lain tidak dibenarkan melalui laluan tersebut dan pihak berkenaan perlu membuat pemeriksaan dan menghubungi pusat kawalan," jelasnya.
Dalam video sama, pemandu dan pengurus KTMB dilihat menyerahkan kunci yang diletakkan di dalam beg bertali supaya dapat memudahkan proses pertukaran.
Video itu secara tidak langsung memberi pendedahan baharu buat masyarakat terutamanya yang tidak pernah menaiki keretapi di stesen tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram