
PEMANDU lori membawa kontena yang dibawa dalam keadaan senget di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) sebelum ini berjaya dikesan polis.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, siasatan dijalankan untuk mengesan pemandu terbabit selepas tularnya video tersebut di media sosial.
Wan Azlan berkata, pihak Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya berjaya mengesan pemandu treler itu di sebuah syarikat di Negeri Sembilan pukul 3 petang Jumaat.
BACA LAGI: [VIDEO] Guru dipecat akibat lempang budak buli anak dalam masjid di England
BACA LAGI: 'Kami suka kalian bahagia, cuma kita kena utamakan perintah agama'
"Ketika dirakam keterangan, pemandu treler berusia 23 tahun mengaku cuai ketika mengendalikan kenderaan dipandunya.
"Tindakan saman dikeluarkan mengikut Kaedah-Kaedah Lalulintas, Ln 18 166/1959 (muatan merbahaya dan tidak kemas).
"Sikap sambil lewa pemandu kenderaan bakal mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Katanya, pemandu yang didapati melakukan kesalahan muatan tidak diikat rapi mengikut Kaedah-Kaedah Kesalahan Lalulintas boleh dikenakan denda sehingga RM2,000.
Terdahulu, situasi cemas itu sempat dirakam dan dimuat naik di media sosial.
Rata-rata warga maya turut mengecam tindakan pemandu lori terbabit yang seakan-akan tidak menghiraukan keselamatan orang lain. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram