![](https://apicms.majoriti.com.my/uploads/images/2025/02/04/3150485.jpg)
SEORANG lelaki cedera parah selepas sanggup membahayakan dirinya demi menyelamatkan anaknya daripada dirempuh sebuah kereta di selatan Thailand pada Sabtu minggu lalu.
Menerusi video kamera litar tertutup (CCTV) tular di media sosial sejak Selasa, mangsa dan anak lelakinya berusia enam tahun itu berada di luar kawasan sebuah premis di Nakhon Si Thammarat.
Bapa tersebut pada awalnya keluar daripada premis dan menghampiri anaknya yang sedang duduk sendirian di atas motosikalnya.
BACA LAGI: KTMB Lembah Klang tawar tambang percuma 2 hari sempena Thaipusam
BACA LAGI: [VIDEO] Lepas hina isteri Khabib 'tuala', Conor McGregor ludah muka fans di kasino Las Vegas
Namun, beberapa saat kemudian, kanak-kanak itu dilihat bergegas turun dan secara tiba-tiba berlari ke tengah jalan.
Melihat tindakan itu, bapa tersebut bertindak pantas berlari untuk menyelamatkan anaknya daripada dilanggar sebuah kereta yang meluncur laju di jalan raya.
Bapa tersebut pada masa sama sempat menolak anaknya ke tepi jalan namun, gagal mengelak menyebabkan dia dirempuh kenderaan terbabit.
Impak daripada pelanggaran itu, mangsa dilaporkan cedera parah dan kini masih mendapatkan rawatan di hospital.
Anaknya pula dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius ketika kejadian. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram