
KEADAAN jalan yang dipenuhi dengan helaian kertas di Jalan Senai Airport City, Kulai, Johor menggugat keselamatan para pengguna.
Menerusi video papan pemuka (dashcam) yang dikongsikan di akaun Facebook Community Roda Johor, kejadian itu sekali gus mengganggu pandangan penunggang motosikal serta pemandu kereta.
Dalam hantaran sama, kesemua kertas itu dikatakan berkemungkinan berterbangan daripada sebuah lori.
BACA LAGI: [VIDEO] Lepas hina isteri Khabib 'tuala', Conor McGregor ludah muka fans di kasino Las Vegas
BACA LAGI: KTMB Lembah Klang tawar tambang percuma 2 hari sempena Thaipusam
Ia juga dikhuatiri akan mengakibatkan kemalangan atau insiden tidak diingini sekiranya sampah tersebut dibiarkan begitu sahaja.
"Di sini masing-masing tak tahu nak tutup muatan pakai kanvas. Bertaburan sampah kertas di jalan raya.
"Ada lori parkir di tepi. Tak pasti dia punya muatan atau tidak. Sebab tengok dia macam kelam-kabut tengok muatan belakang lori. Laluan depan dia dah tak ada sampah berterabur," tulisnya.
Sementara itu, rata-rata warga maya menyeru pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk Majlis Perbandaran Kulai untuk mengambil tindakan wajar.
Bagaimanapun, belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram