[VIDEO] Jangan klik mesej jemputan berbuka puasa, scammer guna taktik baharu pancing mangsa di bulan Ramadan


  • Massa
  • Selasa, 11 Mac 2025

Tangkap layar video memaparkan taktik penipuan dalam talian di bulan Ramadan.

ORANG ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati dengan modus operandi atau taktik penipuan yang disebarkan secara dalam talian sepanjang bulan Ramadan ini. 

Menurut bekas pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) merangkap duta anti scam, Rahmat Fitri Abdullah menerusi video dimuat naik di TikToknya, terdapat jenis penipuan baharu yang giat dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab bagi menjerat mangsanya.

Rahmat memberitahu bahawa penipuan itu sering memerangkap mangsanya melalui hantaran mesej di aplikasi WhatsApp atau seakan dengannya. 

BACA LAGI: Kerajaan pertimbang laksana semula sekatan peminjam gagal bayar PTPTN ke luar negara

BACA LAGI: [VIDEO] 'Genap umur anak mama 38 tahun', ibu sebak sambut Ramadan tanpa Wan Rezaudeen Kamal

Ia juga menggunakan sentimen Ramadan untuk meyakinkan mangsa bahawa mesej tersebut adalah sah dan tidak kelihatan mencurigakan. 

"Perhatikan jika ada terima sebarang mesej daripada nombor tidak dikenali yang menjemput anda untuk berbuka puasa.

"Mesej itu juga disertakan dengan dokumen atau pautan yang mempunyai tulisan APK.

"Jika terima mana-mana pautan sedemikian janganlah klik," katanya. 

Beliau turut meminta agar pesanan itu dihebahkan kepada ramai termasuk individu yang kurang mahir menggunakan telefon pintar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram