
IBU juruterbang pesawat Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139), Allahyarham Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin mengundang sebak selepas memuat naik ucapan hari lahir anaknya pada Isnin.
Menerusi hantaran dimuat naik di akaun TikTok @atiewan, terdapat beberapa gambar Allahyarham kali terakhir memakai seragamnya.
"10 Mac 1987 kini 10 Mac 2025. Genap Umur anak mama 38 tahun tetapi abang Kamal tinggalkan kami semua ke negeri abadi selama-lamanya sebab ALLAH lebih sayang abang daripada kami.
"Mama doakan semoga abang damai di negeri abadi bersama dengan orang-orang yang beramal soleh dan beriman disisi ALLAH al-Fatihah," tulisnya.
BACA LAGI: Jenazah Wan Rezaudeen Kamal sempurna, seperti sedang tidur — Bob Ringgo
BACA LAGI: Perajurit wanita dari Sarawak antara korban nahas helikopter berlanggar di udara di Lumut
Ucapan tersebut turut menambah hiba apabila mengenangkan seorang ibu yang menyambut Ramadan tanpa anaknya di sisi.
Rata-rata warga maya juga tidak terkecuali memberi semangat dan doa kepada wanita terbabit.
"Al-Fatihah buat sahabat kami," komen @terbang tinggi.
"Semoga kak Ati dan sekeluarga reda dengan pemergian wira negara," kata @mariaim179.
Pada 23 April 2024, Wan Rezaudeen merupakan seorang daripada 10 mangsa yang terkorban dalam nahas tersebut.
Kejadian melibatkan dua buah helikopter terhempas ketika Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Ke-90 di Lumut, Perak. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram