[VIDEO] Suami selamba berniaga di pasar saat jasad isteri anak ditemui berpelukan


  • Benua
  • Isnin, 10 Mac 2025

Pasukan penyelamat menemukan jasad Santi dan anaknya Nurul dalam keadaan berpelukan selepas dihanyutkan banjir kilat di Kampung Gumelar Jumaat lalu. — Agensi

TINDAKAN seorang lelaki yang selamba meneruskan perniagaan di pasar meskipun mengetahui isteri dan anaknya maut dalam tragedi banjir besar di Indonesia baru-baru ini mencetuskan kemarahan warga maya.

Manakan tidak, lelaki itu, Aang, 42, didakwa menunjukkan sikap acuh tak acuh terhadap kejadian yang meragut nyawa isteri dan anaknya.

Tragedi menyayat hati tersebut melanda Kampung Gumelar, Palabuhanratu dekat Sukabumi apabila mangsa, Santi, 40, dan anak perempuannya, Nurul, 3, ditemui maut dalam keadaan berpelukan selepas dihanyutkan banjir besar dari rumah mereka pada Jumaat lalu.

BACA LAGI: Pengesahan identiti 'dating app' boleh halang 'love scammer' cipta akaun palsu, pengguna perlu buat tetapan privasi lebih bijak

BACA LAGI: Senasib syiling, not kertas RM1 dianggap tiada nilai jadi duit raya, generasi muda lebih suka terima 'e-Wallet'

Kedua-dua mangsa ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sejauh lima kilometer dari lokasi kejadian.

Menurut laporan awal, sebelum tragedi berlaku, kedua-dua mangsa sempat meminta pertolongan ketika arus deras melanda rumah mereka.

Lebih memilukan, rumah yang mereka diami dipercayai dikunci dari luar oleh Aang, menyebabkan isteri dan anaknya itu terperangkap tanpa jalan keluar.

 

 

 

 

Pasukan SAR yang menjalankan operasi mencari akhirnya menemui mayat mereka di bawah timbunan banjir, mencetuskan kemarahan dalam kalangan penduduk setempat.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila Aang didakwa menunjukkan sikap acuh tak acuh dan seperi tiada perasaan terhadap kejadian itu.

Lebih mengejutkan, saksi mendakwa Aang berbohong dengan mengatakan isteri dan anaknya masih hidup serta berpindah ke kampung sebelah.

Ketua Komuniti Rukun Tetangga 22, Reza mendakwa ketika operasi pencarian berlangsung, Aang tetap meneruskan perniagaan di pasar tanpa menunjukkan sebarang usaha membantu mencari keluarganya.

"Dia langsung tidak menunjukkan rasa peduli. Isteri dan anaknya meninggal dunia, tetapi dia masih selamba berniaga di pasar.

"Sementara orang lain sibuk membantu mencari, dia pula terus berbohong dengan mengatakan isteri dan anaknya sudah pulang ke Cikakak. Setiap kali ditanya, jawapannya tetap sama," katanya.

Tindakan Aang yang mencurigakan menimbulkan spekulasi bahawa dia mungkin terlibat dalam tragedi itu.

Beberapa saksi mendakwa Aang berkemungkinan mengunci isteri dan anaknya di dalam rumah sebelum banjir melanda, menyebabkan mereka gagal menyelamatkan diri.

Susulan kemarahan penduduk, Aang akhirnya ditangkap oleh orang ramai sebelum diserahkan kepada pihak polis di Balai Polis Palabuhanratu untuk siasatan lanjut.

Pihak berkuasa kini sedang menyiasat sama ada terdapat unsur jenayah dalam insiden tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram