
PERJUMPAAN antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dijadualkan pada Rabu ditunda ke tarikh lain.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang mengesahkan perkara itu berkata, pegawai SPRM akan mengambil keterangan daripada Ismail Sabri pada Jumaat ini.
Menurut Azam, penangguhan itu dibuat susulan keadaan bekas Perdana Menteri tersebut yang masih berada dalam cuti sakit sehingga Khamis ini.
BACA LAGI: Ismail Sabri adalah suspek, bukan lagi saksi kes pengubahan wang haram — Azam Baki
BACA LAGI: Ismail Sabri pengsan tak sedarkan diri, ramai doakan 'Pak Long' di hospital
"Justeru, kami tidak dapat merakamkan keterangan beliau pada Rabu seperti yang dirancang.
"Kami akan memanggilnya pada Jumaat ini selepas cuti sakitnya tamat," kata Azam ketika dihubungi pada Selasa.
Sebelum ini, SPRM memaklumkan bahawa mereka akan merakamkan keterangan Ismail Sabri berhubung pengisytiharan aset dan beberapa kes yang sedang disiasat.
Azam juga menjelaskan bahawa Ismail Sabri merupakan salah seorang suspek dalam siasatan SPRM yang sedang dijalankan. — The Star/ MAZWIN NIK ANIS
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram