
SEJAK Donald Trump kembali menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS), banyak tindakan drastik dilakukannya termasuk melibatkan hal dengan negara lain.
Ia termasuklah dengan negara jiran iaitu Kanada. Hal ini kerana, Trump mengenakan tarif terhadap negara tersebut.
Ditambah dengan tindakan Trump yang menganggap Kanada sebagai “negeri ke-51”, AS turut mengundang kemarahan negara Amerika Utara itu.
BACA LAGI: Thailand selamat untuk semua — Thanathip Sawangsang
Rentetan daripada tindakan Trump itu, Kanada melancarkan pelbagai kempen boikot terhadap AS termasuklah tidak berkunjung ke negara tersebut.
Para peniaga di Kanada juga mula tidak menjual sebarang produk AS dengan mereka mengutamakan barangan keluaran tempatan.
Malah, ada sebuah kafe yang menukar menu minuman kopi Americano kepada Canadicano sebagai tanda protes terhadap negara Uncle Sam itu.
Dalam masa yang sama, tempahan penerbagan bagi percutian ke AS dari Kanada menurun sebanyak 40 peratus.
Malah, syarikat penerbangan seperti Air Canada mengurangkan jumlah penerbangan ke lokasi seperti Florida, Las Vegas dan Arizona sebanyak 10 peratus.
Perkongsian daripada pakar meteorologi, Dan Satterfield di X menunjukkan, laluan kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Pearson, Toronto untuk ke AS sunyi sepi memasuki tiga minggu.
“Lazimnya pada pertengahan Mac, ramai pelajar kolej di Kanada akan terbang ke Arizona atau Florida pada minggu ini.
“Tapi inilah keadaan di bahagian kastam di Lapangan Terbang Pearson pada Sabtu. Saya sudah katakan bagaimana rosaknya hubungan antara Kanada dan AS sejak tiga minggu lalu. Inilah buktinya,” kata Satterfield. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram