[VIDEO] Pemilik 'dashcam' rakam nahas 2 remaja maut di Senawang diminta tampil bantu siasatan — Polis


  • 112
  • Isnin, 10 Mac 2025

Pemilik dashcam yang merakam kejadian kemalangan ngeri sehingga menyebabkan kematian dua remaja di Matahari Heights dekat Senawang pada Khamis diminta tampil bagi membantu siasatan

PEMILIK kamera papan pemuka (dashcam) yang merakam kejadian kemalangan ngeri sehingga menyebabkan kematian dua remaja di Matahari Heights dekat Senawang, Negeri Sembilan pada Khamis diminta tampil bagi membantu siasatan

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kerjasama pemilik dashcam amat penting bagi memudahkan proses siasatan dilakukan.

"Sebab itu pentingnya kerjasama pemilik dashcam yang berkongsi video kejadian itu di media sosial supaya tampil untuk bantu proses siasatan.

BACA LAGI: [VIDEO] Ibu meraung sebelum pitam, 2 penunggang motor maut dirempuh remaja langgar lampu isyarat merah di Senawang

BACA LAGI: Senasib syiling, not kertas RM1 dianggap tiada nilai jadi duit raya, generasi muda lebih suka terima 'e-Wallet'

"Setakat ini hanya dua saksi tampil memberi keterangan iaitu ibu pemandu Honda Jazz dan seorang saksi awam," katanya memetik laporan Berita Harian pada Isnin.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, pihaknya juga masih belum mengambil keterangan mangsa yang terbabit kerana mereka masih dirawat di hospital.

Sebelum ini, tular rakaman papan pemuka daripada sebuah kenderaan yang memaparkan kejadian kemalangan yang meragut nyawa dua remaja di Persiaran Senawang 1 itu.

Rakaman itu memaparkan lampu isyarat hijau berkelip-kelip sebelum bertukar ke merah, namun secara tiba-tiba sebuah kereta dari lorong kiri melintas dengan laju dan gagal berhenti di persimpangan.

Justeru, polis sebelum ini meminta orang ramai yang mempunyai rakaman dashcam berkaitan kemalangan itu tampil membantu siasatan.

Media pada Jumaat melaporkan, dua remaja masing-masing berusia 15 dan 16 tahun maut selepas motosikal yang dinaiki mereka dikatakan dirempuh sebuah kereta jenis Honda Jazz.

Mohamad Hatta Che Din dilaporkan berkata, Honda Jazz dipandu seorang lelaki berusia 18 tahun yang tidak mempunyai lesen memandu.

Katanya, Honda Jazz berkenaan dikatakan gagal berhenti di lampu isyarat merah sebelum dipercayai merempuh dua motosikal yang turut menyebabkan pemandu dan penumpangnya serta seorang lagi penunggang motosikal parah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram