Industri ikan hiasan negara kini cecah nilai lebih RM300 juta, obses Ng Ah Phow kumpul ikan liar tidak sia-sia


  • Bizz
  • Jumaat, 06 Dis 2024

Negara mengimport 84.8 juta ikan bernilai RM69.2 juta terutamanya dari Thailand, China dan Indonesia. — Gambar hiasan

INDUSTRI ikan hiasan Malaysia kini semakin menunjukkan potensi besar khususnya dalam membantu menjana peluang ekonomi dengan pendapatan cukup lumayan.

Ini dibuktikan apabila Malaysia pada 2023 Malaysia berjaya menghasilkan produk ikan hiasan yang bernilai kira-kira RM333.8 juta.

Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Datuk Adnan Hussain berkata, sebanyak 241.8 juta ikan hiasan telah dijual pada tahun lalu dengan RM52.8 juta daripadanya dieksport ke Singapura, China, Taiwan, Hong Kong dan beberapa negara Eropah.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

Adnan berkata, terdapat rancangan ketika ini untuk meningkatkan pengeluaran ikan hiasan negara sebanyak lima peratus menjelang 2030.

“Selain meningkatkan pengeluaran, kami akan membantu penjual menerokai pasaran baharu seperti Timur Tengah.

“Antara spesies ikan yang dieksport ialah ikan arowana, duri harimau, gupi dan discus,” katanya.

6228560353344734593

Sebanyak 241.8 juta ikan hiasan negara telah dijual pada tahun lalu dengan RM52.8 juta daripadanya dieksport ke Singapura, China, Taiwan, Hong Kong dan beberapa negara Eropah. — Gambar hiasan

Beliau menambah penggiat ikan hiasan Malaysia menunjukkan potensi yang cemerlang dengan negara mengimport 84.8 juta ikan bernilai RM69.2 juta terutamanya dari Thailand, China dan Indonesia.

Penggemar yang berani menternak

Ketika muda, Ng Ah Phow pernah obses mengumpul ikan liar ketika muda.

Dia juga menyewa kereta untuk mengembara ke seluruh negara mengumpulkan spesies kegemarannya iaitu ikan laga dan arowana.

Namun, lelaki berusia 53 tahun yang memiliki ijazah sains perikanan dari Universiti Nasional Taiwan itu telah mengubah minatnya menjadi perniagaan.

Kini, dia sudah berjaya menternak ikan arowana termasuk spesies hidupan laut itu yang terancam iaitu arowana emas.

Ah Pow yang terkenal sebagai antara penternak arowana terbesar di dalam negara mempunyai kira-kira 20,000 ekor ikan di 300 kolamnya yang terletak di tapak seluas 40 hektar miliknya di Layang-Layang, Kluang, Johor.

Beliau menyatakan arowana emas kini adalah spesies terancam dalam senarai Konvensyen Perdagangan Antarabangsa bagi Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam (CITES).

6228560353344734169 (1)

Ah Pow mempunyai kira-kira 20,000 ekor ikan di 300 kolamnya yang terletak di tapak seluas 40 hektar miliknya di Layang-Layang, Kluang, Johor.

“Saya telah membantu untuk memastikan spesies ini hidup dengan membiaknya sejak 30 tahun lalu kerana arowana emas hanya boleh ditemui di Malaysia,” katanya.

Spesies arowana lain yang diternaknya termasuk keemasan albino, silang beraneka warna, silang dasar biru, silang platinum dan merah cili.

Ah Pow berkata, minatnya terhadap ikan liar bermula apabila dia mengumpul ikan laga pada usia 12 tahun.

“Apabila saya mendapat lesen memandu, saya menyewa kereta untuk mengembara ke seluruh negara. Saya pergi ke Sarawak malah ke Pontianak di Indonesia untuk mengumpul spesies liar termasuk arowana pada 1990-an.

“Saya melanjutkan pelajaran di Taiwan dan menceburi ternakan ikan kecil,” katanya sambil menambah dia mendapat pinjaman RM200,000 daripada bapanya untuk projek itu.

Ah Pow berkata, perusahaan ikannya di Taiwan kemudiannya membuahkan hasil dan selepas tujuh tahun, dia kembali ke Malaysia untuk menternak arowana sebelum menubuhkan Aqualeader Aquarium Corp Sdn Bhd.

Dia juga meyakinkan bapanya untuk membenarkannya menukar 6 hektar tanah kelapa sawit mereka menjadi kolam yang seterusnya berkembang menjadi 300 kolam.

“Di bawah peraturan CITES, anda memerlukan permit untuk menjual ikan itu, dan anda hanya boleh menjual generasi ketiga ikan berkenaan.

"Semua ikan saya mempunyai mikrocip di dalamnya dan boleh dikesan di mana-mana sahaja di dunia.

“Ini bermakna saya hanya boleh menjual arowana selepas tahun ke-11, kerana ia mengambil masa kira-kira lima tahun untuk matang dan bertelur. Setiap ikan boleh hidup sehingga 40 tahun,” katanya sambil menambah ikan itu sangat sensitif terhadap air terutama tahap keasidan dan persekitaran.

Ah Pow berkata, ikan jantan menyimpan telur di dalam mulutnya selama 60 hari dan hanya melepaskan anak ikan apabila menetas.

6228560353344734484

Ah Pow cuba melihat ikan yang berada di kolam ternakannya.

Namun, dalam beberapa tahun belakangan ini, projek pembangunan yang dilaksanakan berhampiran ladangnya menyebabkan kualiti air semakin merosot sehingga mengakibatkan kerugian puluhan juta ringgit dengan hampir 4,000 ekor arowana diternaknya mati.

Sehubungan itu, Ah Pow berharap kerajaan negeri akan membantunya berpindah ke tapak seluas 40 hektar baharu berhampiran Gunung Belumut, yang mempunyai sumber air yang baik.

“Jika kita tidak bertindak pantas, saya bimbang keadaan itu akan mengakibatkan lebih ramai arowana saya mati.

"Ini akan menjadi kerugian besar kepada negeri dan negara, terutamanya dalam pemuliharaan arowana," tambahnya.

Mengenai harga arowana, Ah Pow berkata, ikan jenis tersebut paling mahal pernah dijual ialah RM250,000, dengan kebanyakan pelanggannya adalah dari Jepun, China, Singapura, Thailand, Vietnam, Rusia, Filipina dan Amerika Syarikat.

“Purata anak ikan berukuran antara 15 sentimeter(sm) dan 30sm boleh mencecah antara RM3,000 dan RM15,000,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram