'Saya lempang semua murid', atlet negara buat laporan polis anak ditampar pengetua gara-gara lewat ke sekolah di Lumut


  • Tular
  • Sabtu, 30 Nov 2024

Tahira (kiri) bertindak membuat laporan polis berhubung kejadian anaknya dilempang pengetua sekolah di Lumut, Perak baru-baru ini.

ATLET sukan lasak, Tahira Najmunisaa Muhamad meluahkan kekecewaannya terhadap tindakan pengetua sekolah di Lumut, Perak yang didakwa mengasari anaknya baru-baru ini.

Berdasarkan beberapa hantaran termasuk laporan polis dikongsikan Tahira menerusi laman Instagramnya, anak lelakinya, Ahmad Amin Al Hamidin Abdul Rahman didakwa mengalami gangguan kesihatan mental dan trauma yang teruk akibat daripada kejadian itu.

Laporan itu menyatakan bahawa anaknya ditampar oleh pengetua terbabit gara-gara terlewat hadir ke sekolah.

BACA LAGI: [VIDEO] Teruja buat 'pose' satu kaki atas batu, pendaki China gagal imbang badan jatuh tergolek di gunung

BACA LAGI: Belia bekas banduan termasuk golongan diberi fokus dalam program golf amal SAY

6221921257323085908

Laporan polis yang didedahkan Tahira melalui laman Instagramnya. — Instagram/Tahira

Menurutnya, kejadian berlaku ketika cuaca hujan lebat dan hanya satu pintu dibuka sehingga menyebabkan kesesakan dan kelewatan menghantar anak ke sekolah.

Tahira juga mendakwa Amin ditampar di kelasnya dan di hadapan murid-murid lain.

Bertindak atas kejadian itu, Tahira menjelaskan bahawa dia sempat hadir ke sekolah untuk bersemuka dan berbincang tentang kejadian dengan pengetua tersebut secara baik.

Bagaimanapun, dakwanya, pengetua sekolah terbabit seolah-olah tidak mahu memberi kerjasama malah mengherdik, memarahi dan menghalau Tahira.

6221921257323085907

Beberapa maklum balas yang diterimanya tentang sikap pengetua terbabit. — Instagram/Tahira

"Aku sejujurnya nak selesaikan perkara ini tertutup dengan pengetua ni, tetapi bila aku diherdik, ditengking, dimarah dan dihalau macam ini aku tak boleh terima.

"Kau dengan mendabik dada bangga kau tampar pelajar dan suruh aku pindahkan anak aku sekolah lain, suruh anak aku jangan ke sekolah, aku kecewa.

"Ini ke sikap profesional seorang pengetua?," dakwanya.

Menerusi video lain yang dimuat naiknya, Tahira yang pernah memenangi pingat perak acara duathlon di Sukan Sea Hanoi 2022 berkata, pengetua berkenaan mengakui perbuatannya tanpa rasa bersalah.

"Dia boleh cakap 'saya lempang semua murid, kalau tak suka cara saya, boleh pergi sekolah lain'," ujarnya.

Amin juga dikatakan trauma sehingga tidak mahu ke sekolah selama seminggu selepas kejadian itu.

Bagaimanapun, belum ada kenyataan lanjut dikeluarkan pihak sekolah dan pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram