Rumah naik air, pengantin baharu di Kedah turun agih makanan kenduri pada mangsa banjir


  • Massa
  • Sabtu, 30 Nov 2024

Pasangan pengantin itu sedang memberi bungkusan makanan dari majlis perkahwinan mereka. — The Star

PASANGAN pengantin baharu terpaksa mengubah rancangan apabila lokasi majlis perkahwinan mereka dinaiki air di Titi Besi, Kepala Batas, Kedah pada Sabtu.

Mohamed Khairie Mohamed Kamal, 28, dan Nur Izzatul Asma Mustafa, 22, juga terpaksa mengecilkan senarai tetamu dan menukar tempat ke rumah datuk pengantin perempuan di Kampung Hutan Kandis, Alor Setar pada saat akhir.

Bagaimanapun, Nur Izzatul berkata, mereka tetap melayan seramai 1,200 tetamu dan semua makanan kenduri dibungkus dan diagihkan kepada rakan, keluarga, pusat tahfiz serta orang awam.

BACA LAGI: Anak atlet sampai trauma dilempang pengetua depan kelas gara-gara lewat ke sekolah di Lumut

BACA LAGI: [VIDEO] Teruja buat 'pose' satu kaki atas batu, pendaki China gagal imbang badan jatuh tergolek di gunung

ALOR SETAR, 30 Nov  -- Ahli keluarga yang hadir ke kenduri  kahwin pasangan pengantin Nur Izzatul Asma Mustafa, 22 dan Mohamed Khairie Mohamed Kamal, 28, terpaksa menaiki bot atau pacuan empat roda ke rumah inap desa yang disewa dinaiki air.Majlis perkahwinan diteruskan dengan makanan dibungkus dan diedarkan kepada orang ramai.--fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Para tetamu yang terpaksa menghadiri majlis dengan menaiki bot. The Star

"Memang menyedihkan sebab kami terpaksa melangsungkan majlis perkahwinan semalam (Jumaat) dan menjelang majlis resepsi hari ini (Sabtu) pula dilanda banjir.

"Tetapi, saya berterima kasih kepada tetamu terutama rakan dan keluarga yang hadir ke majlis perkahwinan walaupun terpaksa menaiki bot atau menggunakan kenderaan pacuan empat roda," katanya.

Nur Izzatul berkata, majlis perkahwinan itu sememangnya sudah dirancang pada Mei lalu dan ia menelan kira-kira RM20,000 kos untuk pelbagai perbelanjaan termasuk pakaian perkahwinannya.

Meskipun sedih melihat keadaan itu, Nur Izzatul dan suaminya tetap menganggap hari perkahwinan mereka sebagai mercu tanda dalam kehidupan bersama kelak.

ALOR SETAR, 30 Nov  -- Pasangan pengantin Nur Izzatul Asma Mustafa, 22, dan Mohamed Khairie Mohamed Kamal, 28, bergambar kenangan selepas selesai majlis akad nikah berikutan banjir yang melanda kawasan inap desa yang disewa keluarganya.--fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Pasangan pengantin turut terpaksa bergerak menggunakan bot. — The Star

"Kami meraikan perkahwinan kami dengan mengambil gambar pakaian perkahwinan kami dan juga menaiki bot serta pacuan empat roda berlatarbelakangkan banjir," katanya.

Sementara itu, Mohamed Khairie berkata, hanya tiga ahli keluarganya dari Simpang Kuala, Alor Setar boleh menghadiri majlis resepsi perkahwinan itu berikutan banyak jalan terputus akibat banjir.

"Biasanya, saya hanya melihat perkara sebegini berlaku di televisyen dan media sosial. Namun, perkara ini kami terima kerana kami tidak mampu berbuat apa-apa lagi," katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram