[VIDEO] 'Bukan tunjuk diri bagus', influencer hulur duit poket hargai rider p-hailing, sumbang barang keperluan sepanjang Ramadan


  • Massa
  • Isnin, 10 Mac 2025

Tangkap layar video memaparkan beberapa pekerja p-hailing yang menerima bantuan daripada Founder Misi.

SETIAP kebaikan pastinya akan dibalas dengan kebaikan meskipun sekecil-kecil bantuan. 

Sama seperti tindakan seorang pempengaruh media sosial dikenali sebagai Founder Misi yang memberi sumbangan kepada beberapa pekerja p-hailing.

Menerusi video dimuat naik di Facebooknya pada Ahad, sumbangan itu adalah bertujuan untuk membantu meringankan beban dan menghargai usaha mereka dalam mencari rezeki. 

BACA LAGI: [VIDEO] 'Genap umur anak mama 38 tahun', ibu sebak sambut Ramadan tanpa Wan Rezaudeen Kamal

BACA LAGI: [VIDEO] Hajat berbuka di masjid tak kesampaian, bapa maut, anak kritikal dirempuh kereta

Menurutnya, tindakan itu juga bukanlah dilakukan untuk membangga diri, malah sebagai contoh positif kepada masyarakat.

"Bersusah-susah buat kerja penghantaran waktu bulan puasa ini. Ada yang bekerja cukup untuk hari ini sahaja.

"ALLAH suruh saya sampaikan, moga masyarakat boleh buat kebaikan yang sama di sekeliling masing-masing.

"Kandungan ini bukan saya baik, tetapi untuk ramaikan lagi orang-orang baik," katanya.

Dalam video sama, pempengaruh tersebut memberikan beberapa keping wang kertas RM50 dan turut membelanja barang keperluan harian buat mereka.

Jelas kelihatan riak wajah ceria dan gembira kesemua individu itu selepas menerima sumbangan tersebut. 

"Alhamdulillah terima kasih Founder Misi sebab tolong ringankan beban kami sekeluarga semperna bulan mulia ini.

"Terkejut isteri pun dapat juga tadi. Betul-betul tak sangka dapat rezeki sebanyak itu sebab saya memang susah dengan kos kehidupan seharian yang makin meningkat.

"Hanya ALLAH mampu balas kebaikan tuan. Semoga platform Misi Rakyat terus berkembang maju dan membantu masyarakat Malaysia tak kira pekerja p-hailing atau pelanggan sama-sama dapat manfaatnya," komen seorang daripada p-hailing yang menerima bantuan itu, Mob Barley. — Majoriti

 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram