Hari mengundi PRK Ayer Kuning 26 April — SPR


  • Politik
  • Jumaat, 07 Mac 2025

PRK DUN Ayer Kuning akan diadakan pada 26 April. — The Star/AZHAR MAHFOF

PIHAK Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah menetapkan tarikh-tarikh penting bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning.

Menurut SPR, tarikh bagi pengundian PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh, Melaka itu sudah ditetapkan pada 26 April.

Sementara hari penamaan calon pula akan dilakukan pada 12 April dengan tempoh berkempen diadakan di antara dua tarikh dinyatakan tersebut.

BACA LAGI: AirAsia pindah semula penerbangan domestik dari Subang ke KLIA2 seminggu selepas Aidilfitri

BACA LAGI: Polis rampas 6 jenis ubat dari rumah Ridz Okumura, siasat kemungkinan Akiko Okumura kemurungan

Keputusan itu diputuskan oleh SPR dalam kenyataan mereka pada Jumaat. Ia diambil rentetan kematian penyandangnya iaitu Isham Shahruddin, 58 pada 22 Februari lalu.

Isham meninggal dunia selepas jatuh dan tidak sedarkan diri ketika bermain dalam satu perlawanan persahabatan bola sepak di George Town, Pulau Pinang.

Semasa PRU ke-15, Isham yang dari parti Barisan Nasional memenangi kerusi tersebut dengan meraih 9,088 undi dengan mengalahkan wakil Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohd Nazri Hashim, calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Muhammad Noor Farid, calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) KS Bawani dan Maziah Salim dari Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).

Isham menang dengan majoriti sebanyak 2,213 undi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram