[VIDEO] Cahaya merah menyala cetus persoalan penduduk Pulau Pinang


  • Tular
  • Sabtu, 08 Mac 2025

Tangkap layar video memaparkan cahaya merah seperti kebakaran di sebuah kawasan di Pulau Pinang baru-baru ini.

PENDUDUK dikejutkan dengan keadaan misteri dipercayai di sekitar kawasan perumahan di Pulau Pinang baru-baru ini. 

Menerusi video tular di media sosial sejak Sabtu, kelihatan cahaya merah di kawasan berhampiran. 

Cahaya itu secara tidak langsung menimbulkan persoalan kepada orang ramai sekiranya berlaku kebakaran terbuka di hutan berdekatan. 

BACA LAGI: [VIDEO] 'Kami terpaksa peluk tiang', mangsa puting beliung di Sekinchan cerita detik rumah hampir terbang dilanda badai

BACA LAGI: KPM umum 3 hari cuti sekolah tambahan sempena Aidilfitri

Dalam video sama, cahaya tersebut turut dilihat mempunyai kepulan asap seakan-akan kesan daripada pembakaran. 

Namun, sehingga kini belum dapat dikenal pasti sama ada ia kebakaran atau hanya pantulan cahaya lampu.

Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram