
PENCUCI kereta dan juga pempengaruh media sosial terkenal, Lindsay Bercosky sering dilihat sengaja menggores kereta orang, tetapi dengan sebab yang baik.
Wanita berusia 22 tahun itu terkenal dengan kemampuan luar biasa menandatangani namanya di atas pelbagai kenderaan menggunakan angle grinder (pengisar sudut), menjadikannya figura unik dalam dunia automotif di Amerika Syarikat (AS).
Dilahirkan pada 25 Mei 2002, minat Lindsay terhadap perkhidmatan mencuci dan membaiki kereta telah lama wujud dan kini usahanya membuahkan hasil apabila namanya semakin dikenali.
BACA LAGI: [VIDEO] Puteri sulung jadi wajah kempen raya, Marion tak paksa anak ikut jejak langkah
BACA LAGI: Selesai akad nikah, imam masjid minta pasangan tular urus nasab anak
Now that's smooth! pic.twitter.com/V3tnR516XH
— The Figen (@TheFigen_) March 5, 2025
Selain kerjaya hakikinya, Lindsay juga gemar menunggang kuda dan pernah memiliki beberapa ekor kuda.
Pencuci kereta dan mekanik itu aktif di media sosial dan kebanyakan video yang dimuat naik tular dan menjadi buah mulut orang ramai.
Menerusi akaun TikTok miliknya, lindsaybercosky, beliau sering berkongsi rutin hariannya, memaparkan kemahiran mekanikal dan pelbagai transformasi dilakukannya pada trak serta kereta.
Video-video berkenaan menarik perhatian ramai disebablan keunikan dan keterampilan yang ditunjukkannya dalam bidang automotif.
Lindsay mempunyai kemahiran membaiki kereta yang rosak. — Lindsay Bercosky
Perniagaan sendiri
Difahamkan, Lindsay pernah menuntut di Rosedale Technical College di Pittsburgh, AS, sebuah institusi menawarkan latihan kemahiran teknikal dalam bidang automotif.
Selain kerjaya hakikinya dalam perkhidmatan mencuci kenderaan, mekanik dan juga pempengaruh media sosial itu turut mengendalikan perniagaan sendiri.
Syarikatnya, Bercosky's Auto Detailing, memfokuskan pada perkhidmatan pembersihan kereta dan trak.
Lindsay juga bernaung di bawah agensi Docherty Agency sebagai model. Setakat Mac 2025, beliau mempunyai 1.1 juta pengikut di TikTok dan 615,000 pengikut di Instagram, menjadikannya antara pengaruh media sosial yang semakin berkembang dalam dunia automotif.
Lindsay turut mengendalikan perniagaan sendiri, iaitu Bercosky's Auto Detailing. — Lindsay Bercosky
Salah satu perkara membuatkan nama Lindsay Bercosky menjadi tular adalah konten dan keupayaannya menandatangani trak menggunakan pemutar gerudi.
Walaupun sesetengah warga maya keliru dengan perubahan kekal dilakukan pada trak, pengikutnya menjelaskan bahawa tindakan itu adalah satu bentuk pengiktirafan dalam dunia trak yang didominasi beliau.
Pengguna media sosial juga terpesona dengan betapa kemas dan terperincinya tandatangan Lindsay pada kenderaan-kenderaan tersebut.
Dengan gaya unik dan kepakarannya dalam dunia automotif, Lindsay terus mencuri perhatian ramai, menjadikannya sebagai salah satu personaliti yang semakin dikenali dalam industri kenderaan khususnya di AS. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram