
SEBUAH kemalangan jalan raya berlaku di Sungai Pelek, Sepang, Selangor pada Sabtu melibatkan sebuah motosikal dan lori.
Kejadian yang berlaku berdekatan Medan Selera Sungai Pelek itu melihatkan motosikal tersebut sudah berada di bawah lori tersebut ketika orang ramai mula mengerumuni lokasi kejadian.
Mengikut laporan, seorang mangsa meninggal dunia dipercayai penunggang motosikal tersebut.
BACA LAGI: [VIDEO] Hajat berbuka di masjid tak kesampaian, bapa maut, anak kritikal dirempuh kereta
BACA LAGI: [VIDEO] Cahaya merah menyala cetus persoalan penduduk Pulau Pinang
Kesan seretan di jalan raya dipercayai hasil daripada lori tersebut cuba berhenti daripada bertembung dengan motosikal.
Mayat mangsa dilihat terbaring di tengah-tengah jalan dengan dia dikatakan sudah meninggal dunia pada waktu itu.
Malah, mengikut perkongsian, terdapat gambar menunjukkan kesan seretan pada jalan dipercayai akibat lori tersebut cuba untuk menarik brek mengelak daripada bertembung dengan mangsa.
Punca kemalangan yang berlaku pada tengah itu masih belum diketahui namun bantuan kecemasan sudah tiba di tempat kejadian semasa kejadian berlaku. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram