'Ibu, isteri tulang belakang saya, sumber kekuatan tuntut keadilan', PM Anwar zahir penghargaan sempena Hari Wanita


  • Primer
  • Sabtu, 08 Mac 2025

Anwar (kiri) bersama Azizah (tengah) dan ibunya (kanan).

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan penghargaan yang tertinggi buat dua figura wanita yang menjadi tulang belakang kekuatannya.

Dua wanita yang dimaksudkan adalah ibunya, Allahyarhamah Che Yan Hamid Hussein dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menerusi siarannya di media sosial, Anwar berkata, dua individu itu menjadi kekuataannya dalam meneruskan perjuangan buat rakyat.

BACA LAGI: 'Wanita sumber inspirasi bina legasi', Raja Permaisuri Agong zahir ucapan Hari Wanita Sedunia 2025

BACA LAGI: KPM umum 3 hari cuti sekolah tambahan sempena Aidilfitri

"Dua wanita terpenting dalam hidup saya ialah ibu, Allahyarhamah Che Yan Hamid Hussein, dan isteri tercinta, Azizah.

"Mereka adalah tulang belakang saya, sumber kekuatan dalam menuntut keadilan dan meneruskan perjuangan demi rakyat.

"Hari ini, kita meraikan keberanian, pengorbanan, dan peranan luar biasa wanita dalam membentuk masyarakat yang lebih adil dan sejahtera.

"Semoga kita terus memperjuangkan hak dan martabat wanita, memastikan mereka diberi ruang dan peluang yang saksama dalam semua aspek kehidupan," kata Anwar.

Sambutan Hari Wanita Sedunia disambut setiap 8 Mac. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram