Lepas terus catat dividen memberangsangkan, ini 8 strategi utama boleh diteroka KWSP


  • Bizz
  • Sabtu, 08 Mac 2025

KWSP mengumumkan dividen 6.3 peratus untuk simpanan konvensional dan syariah pada 2024.

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sekali lagi menunjukkan daya tahan tahap kewangannya selepas mengumumkan dividen 6.3 peratus untuk simpanan konvensional dan syariah pada 2024.

Perkembangan itu menandakan pembayaran tertinggi sejak 2017, melebihi jangkaan dan mengukuhkan kedudukan KWSP sebagai salah satu dana persaraan paling stabil di dunia.

Jumlah pembayaran dividen terbabit mencecah RM73.24 bilion, dengan RM63.05 bilion diperuntukkan untuk simpanan konvensional dan RM10.19 bilion untuk simpanan syariah.

BACA LAGI: Pesanan TMJ jadi azimat, Kopi Rakyat bawa anak kelahiran Kuantan dari jalanan ke pusat beli-belah

BACA LAGI: Status agama dipersoal lepas peluk Islam, ketekalan Mohd. Chan terbalas perniagaan rangkaian restoran terus berkembang cecah 2 dekad

Prestasi positif tersebut menyerlahkan strategi pelaburan KWSP yang teguh dan keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan cabaran ekonomi, akhirnya menjamin kesejahteraan kewangan 16.2 juta ahlinya.

Pertumbuhan mapan

Keupayaan KWSP untuk menjana pertumbuhan mampan terbukti dalam pendapatan pelaburannya, yang melonjak 11 peratus kepada RM74.46 bilion daripada RM66.99 bilion pada tahun sebelumnya. 

Jumlah aset dana juga telah meningkat sebanyak 10 peratus kepada RM1.25 trilion, didorong oleh kepelbagaian portfolio strategik dan sumbangan bersih berjumlah RM108.22 bilion.

Part of the visitors at the KWSP (EPF) booth during The Great Outdoor Expo at Setia City Convention Centre on Saturday. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Jumlah pembayaran dividen diumumkan KWSP mencecah RM73.24 bilion.

Sebanyak 63 peratus daripada aset pelaburan KWSP diperuntukkan secara domestik, menjana pendapatan RM37.02 bilion dan mengukuhkan kestabilan di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global.

Pertumbuhan konsisten tersebut meyakinkan pencarum KWSP kekal sebagai tonggak keselamatan kewangan yang boleh dipercayai.

Ramai ahli, termasuk pemimpin korporat dan profesional turut menyatakan kepercayaan mereka terhadap strategi pelaburan KWSP.

Memastikan keselamatan kewangan jangka panjang

Unjuran menunjukkan bahawa 17.3 peratus penduduk Malaysia akan berumur 60 tahun ke atas menjelang 2040, sekali gus memberikan gambaran terhadap keperluan untuk perancangan kewangan yang lebih baik.

Komitmen KWSP terhadap dividen yang mampan dan program celik kewangan yang inovatif memastikan pencarum lebih bersedia untuk merancang persaraan mereka.

Inisiatif seperti pilihan pengeluaran fleksibel dan penambahbaikan digital memperkasakan ahli untuk membuat keputusan kewangan termaklum, mengukuhkan peranan KWSP sebagai tidak hanya sekadar dana persaraan tetapi turut menjadi jaringan keselamatan kewangan komprehensif.

Mengoptimumkan strategi KWSP

EPF staff passing by the EPF logo after the Employees Provident Fund (EPF) 2024 Dividend Briefing by EPF CEO Ahmad Zulqarnain Onn at Menara KWSP Shah Alam on March 01.—AZMAN GHANI/The Star

Unjuran menunjukkan 17.3 peratus penduduk Malaysia akan berumur 60 tahun ke atas menjelang 2040, sekali gus memberikan gambaran terhadap keperluan perancangan kewangan lebih baik. — Gambar hiasan

Justeru, untuk mengukuhkan lagi prestasi jangka panjang KWSP, terdapat beberapa strategi utama boleh diterokai oleh institusi kewangan tersebut.

Pertama, melaksanakan peningkatan program celik kewangan dengan memperkukuh pendidikan kewangan merentas semua kumpulan umur.

Langkah itu antara lain bertujuan bagi melengkapkan pencarum dengan pengetahuan penting untuk membuat keputusan pelaburan dan persaraan termaklum.

Kedua, mempelbagaikan pelaburan global menerusi peningkatan pendedahan kepada pasaran antarabangsa yang memilikik pertumbuhan tinggi, sekali gus mengurangkan risiko dan meningkatkan pulangan jangka panjang serta memastikan kemampanan pembayaran dividen

Ketiga, melaksanakan insentif caruman lebih tinggi melalui penawaran faedah cukai, skim pemadanan majikan atau pelan tambah nilai berstruktur yang boleh menggalakkan simpanan sukarela dan meningkatkan kecukupan persaraan

Keempat, menjalankan perkhidmatan dipacu teknologi dengan memanfaatkan analitik dan alatan digital dikuasakan kecerdasan buatan (AI) yang boleh memberikan cerapan perancangan kewangan diperibadikan dan meningkatkan kebolehcapaian untuk pencarum.

Kelima, melaksanakan pilihan persaraan fleksibel menerusi pengenalan pengeluaran berperingkat.

Pelan pencen berperingkat disifatkan dapat membolehkan pencarum mengurus pendapatan selepas persaraan dengan lebih berkesan.

KWSP turut memperluaskan pelaburan domestik melalui pengukuhan pelaburan dalam sektor utama negara seperti infrastruktur, tenaga boleh diperbaharui dan teknologi. — Gambar hiasan

Keenam, adalah dengan cara meluaskan pelaburan domestik melalui pengukuhan pelaburan dalam sektor utama negara seperti infrastruktur, tenaga boleh diperbaharui dan teknologi sambil meneroka peluang baharu bagi memacu pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan pulangan stabil untuk ahli KWSP.

Ketujuh, penyesuaian lebih meluas terhadap pelan simpanan dengan menyediakan ahli kepada strategi simpanan disesuaikan berdasarkan selera individu, peringkat kehidupan dan matlamat persaraan.

Kelapan, menerapkan strategi pengurusan risiko diperkukuh melalui penyesuaian dasar pelaburan kepada anjakan ekonomi global dan tekanan inflasi bagi membantu mengekalkan pulangan stabil dan melindungi simpanan jangka panjang pencarum.

Prestasi kewangan KWSP pada 2024 mengukuhkan peranannya sebagai tonggak keselamatan kewangan yang dipercayai untuk rakyat Malaysia.

Apabila landskap ekonomi berkembang, peningkatan berterusan dalam celik kewangan, kepelbagaian pelaburan dan inovasi digital akan menjadi penting dalam memastikan pertumbuhan yang mampan.

Melangkah ke hadapan, pencarum mesti mengambil peranan aktif dalam perancangan kewangan mereka dengan memaksimumkan manfaat KWSP, membuat keputusan termaklum dan mempertimbangkan tambah nilai secara sukarela untuk mengukuhkan simpanan persaraan mereka.

Pada masa sama, KWSP mesti kekal proaktif dalam menyesuaikan diri dengan trend global, menerima inovasi dan memastikan pulangan stabil untuk keselamatan kewangan jangka panjang. — The Star/M MAGESWARI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram