
RAJA Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat kepada semua wanita di Malaysia sempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2025 pada Sabtu.
Bertemakan ‘Wanita Beraspirasi Membina Legasi’, baginda menzahirkan penghargaan yang terdalam kepada golongan wanita yang menjadi tunjang kepada keluarga, masyarakat dan negara.
BACA LAGI: KPM umum 3 hari cuti sekolah tambahan sempena Aidilfitri
Seri Paduka Baginda turut menghargai sumbangan tidak ternilai wanita, bukan sahaja dalam institusi kekeluargaan tetapi juga dalam pelbagai bidang profesional.
"Kecekalan dan kebijaksanaan wanita dalam menghadapi cabaran menjadikan mereka sumber inspirasi dalam membina legasi yang bermakna untuk generasi akan datang.
“Saya turut mendoakan agar setiap wanita terus cekal dan bersemangat dalam apa jua yang mereka usahakan,” titah Baginda dalam satu hantaran menerusi laman rasmi Facebook Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram