
PENYANYI lagu 'Bea Sobar Bea', Eda Ezrin dan suami serta empat individu lain dibebaskan Mahkamah Wilayah Narathiwat, Thailand pada Khamis daripada tuduhan memiliki 6,059 biji pil yaba pada 1 November lalu.
Keputusan itu dibuat dua panel hakim terhadap Eda Ezrin atau nama sebenarnya, Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, dan suaminya Mohd Affendi Ahmad, 35.
BACA LAGI: Dadah: Nasib penyanyi ‘Bey Soba Bey’ diketahui 6 Mac, terpaksa sambut Ramadan di Narathiwat
BACA LAGI: Enam rakyat Malaysia termasuk penyanyi dari Kelantan hadapi pertuduhan di Mahkamah Narathiwat
Empat individu lain yang juga rakan mereka turut dibebaskan iaitu Mohamad Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, Erdeka Mohd Noor, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26, selepas meneliti semua keterangan saksi pendakwaan semasa prosiding perbicaraan berlangsung.
Bagi pertuduhan mengambil dadah, semua mereka dikenakan penjara enam bulan dan denda 4,000 baht (RM526) setiap seorang, namun tempoh pemenjaraan itu sudah selesai dilakukan selain disebabkan semua tertuduh berkelakukan baik.
Sementara itu, peguam mereka, Sufian Abdul Aziz memberitahu bahawa pihak pendakwaan boleh memfailkan rayuan terhadap keputusan itu dalam tempoh sebulan.
"Buat masa ini, kesemua enam anak guam saya masih belum dibenarkan keluar dan mesti kekal dalam penjara sementara menunggu pihak pendakwaan memfailkan rayuan.
"Jika tiada rayuan, mereka akan dibenarkan pulang ke Malaysia," katanya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram