
PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menimbulkan keraguan terhadap ahli pakatan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) untuk melindungi mereka.
Hal ini kerana, Trump berasakan tiada keperluan untuk pihaknya melindungi rakan NATO sekiranya mereka sendiri tidak melabur besar sektor pertahanan.
Prinsip Trump itu sudah dilakukan sejak penggal pertamanya menjadi Presiden AS pada 2017-2021.
BACA LAGI: [VIDEO] Ada cabutan bertuah, jemaah tarawih masjid di Indonesia menang mesin basuh, pakej umrah
BACA LAGI: Israel mungkir janji, enggan lanjut ke fasa kedua gencatan senjata dengan Hamas
"Ia adalah logik bukan? Jika mereka tidak melabur, saya tidak akan mempertahankan mereka. Tidak, saya tidak akan pertahankan mereka.
"Sehingga kini, ia masih belum cukup. Mereka perlu melabur lagi," jelas Trump.
Tentera NATO.
Trump menyatakan rasa sangsinya terhadap rakan pakatan NATO seperti Perancis dan beberapa negara lain sama ada mereka mahu membantu AS sekiranya mereka diserang.
Walaupun sangsi, Trump tetap menanggap NATO adalah sekutu kuat kepada AS.
"Anda rasa mereka akan datang dan melindungi kami? Mereka sepatutnya berbuat demikian. Tapi saya tak pasti," kata Trump.
Dari perspektif NATO pula, mereka ambil maklum dengan komen Trump mengenai perlunya negara-negara Eropah meningkatkan pelaburan mereka dalam pertahanan.
Kata Setiausaha Agung NATO, Jeneral Mark Rutte berkata, dia yakin Trump dan AS masih lagi komited dengan kerjasama mereka dalam pakatan itu.
"Saya tahu ada yang bimbangkan masa depan NATO. Biar saja jelaskan, hubungan Transatlantik dan perkongsian Transatlantik kekal sebagai asas pakatan kami.
"Presiden Trump telah menjelaskan komitmen AS dan komitmennya secara peribadi kepada NATO, dan ia juga menjelaskan jangkaan bahawa kami di Eropah mesti melakukan lebih banyak daripada segi perbelanjaan pertahanan," jelasnya.
Dalam pertemuan melibatkan para pemimpin Eropah, Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengatakan yang ahli pakatan NATO dari Eropah setia bersama AS sejak insiden 11 September 2001.
"Bukan sekadar orang Perancis, tetapi warga Eropah turut bersama ketika dipanggil untuk ke Afghanistan
"Dalam pada itu, mereka tidaklah begitu sopan apabila memberikan amaran semasa AS meninggalkan negera itu. Kami adalah rakan sekutu yang setia," jelasnya. — Reuters/TREVOR HUNNICUTT/DAVID BRUNNSTROM
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram