Dua remaja lepasan SPM maut, 3 parah nahas Myvi hilang kawalan di Alor Setar


  • 112
  • Jumaat, 07 Mac 2025

Kemalangan di Alor Setar meragut dua nyawa. — JBPM

SEKUMPULAN remaja yang merupakan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Tanjung Bendahara, Alor Setar, Kedah pada Jumaat.

Laporan mendapati kesemua mangsa berusia 18 tahun dengan dua daripadanya maut manakala tiga yang lain cedera parah.

Kejadian itu berlaku selepas kereta jenis Perodua Myvi dinaiki mereka merempuh penghadang jalan.

BACA LAGI: Hanya jumpa selipar tepi sungai, budak 6 tahun dikhuatiri lemas di Keningau

BACA LAGI: Polis rampas 6 jenis ubat dari rumah Ridz Okumura, siasat kemungkinan Akiko Okumura kemurungan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja, Penolong Penguasa Bomba Wan Azizul Hakim Wan Jaafar berkata, kereta yang dinaiki sekumpulan remaja itu hilang kawalan sebelum terbabas.

"Sebuah jentera dari BBP Jalan Raja tiba di lokasi berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Alor Setar kira-kira 11 minit kemudian.

"Kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi yang hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan.

"Anggota bomba bertindak mengeluarkan semua mangsa yang tersepit dalam kenderaan dengan menggunakan peralatan khas.

"Dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala tiga lagi yang cedera parah telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk menerima rawatan," jelasnya.

Wan Azizul Hakim turut mengesahkan yang pihaknya menerima laporan kecemasan sekitar 10.28 malam.

Sehingga sekarang, kerja-kerja pembersihan sisa kemalangan masih diuruskan pihak bomba. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram